Kuih Badak Berendam ini sangat popular di kawasan Pantai Timur, terutama di Kelantan dan Terengganu. Bahkan, makanan tradisional ini telah menobatkan dirinya di kalangan peminat kuliner di seluruh pelosok Malaysia.
Apabila anda sering pergi ke pasar malam atau bazaar Ramadan, anda pasti akan nampak kuih ini dijual di pelbagai lokasi. Jika anda berhasrat untuk membuatnya sendiri, apa kata anda cuba resipi yang kami sediakan di bawah.
Baca juga: Lepat Ubi Kayu, Resipi Tanpa Santan Ini Lebih Kenyal & Padat Dengan Rasa Ubi!
RESEPI KUIH BADAK BERENDAM
Bahan kuah:
- 5 cawan santan yang agak pekat
- 8 sudu makan tepung beras
- 8 sudu tepung gandum
- 2 helai daun pandan (simpulkan)
- Sedikit gula
- Secubit garam
Cara buat kuah:
- Gaulkan semua bahan di atas (blender jika diperlukan).
- Masak campuran itu hingga berwap. Pastikan kuah mempunyai rasa sedikit masin dan sentiasa dikacau untuk mengelak daripada berketul. Kacau hingga menjadi sedikit pekat (ikut citarasa, jika ingin lebih pekat, teruskan mengacau, tetapi jangan sampai terlalu pekat).
Bahan inti:
- 1 biji kelapa parut putih
- 1/2 cawan gula merah
- 1 ketul gula melaka
- 1 1/2 cawan air
- 1-2 ulas durian (buang biji)
- 3 helai daun pandan
- Secubit garam
- 1 sudu besar tepung gandum
Cara buat inti:
- Masak gula merah, gula melaka dan air hingga larut, kemudian tapis.
- Tuangkan air gula ke dalam kuali, masak bersama kelapa parut, isi durian, sedikit garam, dan daun pandan. Gaul hingga rata.
Setelah agak kering, masukkan tepung gandum dan gaulkan sehingga sebati.
Bahan doh:
- 3 cawan tepung pulut
- 2 sudu besar tepung gandum
- 2 cawan jus pandan (air + 4-5 helai daun pandan, blender dan tapis)
- Sedikit pewarna hijau (tidak wajib, jus pandan juga sudah memberikan warna yang memadai)
Cara buat doh:
- Tuangkan jus pandan perlahan-lahan, gaul hingga rata dan uli sehingga menjadi adunan doh.
- Bulatkan doh (mengikut saiz yang diinginkan), leperkan dan isikan inti kelapa atau inti pilihan. Bentukkan semula menjadi bulat.
- Rebus seperti cara membuat kuih buah melaka/onde-onde. Setelah masak, angkat dan siram dengan air paip untuk menyejukkan, kemudian toskan airnya.
- Tuangkan kuah ke dalam bekas yang sesuai, masukkan doh yang telah direbus dan sedia untuk disajikan.
Sumber: Zura Zul
Baca juga: Cara Mudah Buat Kuih Kasturi, Kulit Luar Rangup & Tak Liat Walaupun Sejuk!