Cipta Kek Kukus Bajet: Satu Resipi, Pelbagai Perisa!


kek kukus mudah

Ingin mencuba menghasilkan kek lembut tanpa perlu pelaburan besar, mesti cuba resipi Kek Kukus yang mudah ini. Dengan satu adunan asas, anda dapat mencipta berbagai jenis kek yang digemari.

Resipi Kek Kukus mudah yang tersedia daripada Iskandar Muadz di Facebook ini menggunakan bahan-bahan yang mudah diakses dan hasilnya naik dengan cantik serta tidak mengecut langsung.

Baca juga: Resepi Cheesekut Mudah Versi Bajet, Menggunakan Biskut Kering Tetapi Rasanya Mewah

RESIPI KEK KUKUS MUDAH

kek kukus mudah

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum atau tepung kek (jika ingin membuat kek coklat, ganti 1 cawan tepung dengan 1 cawan serbuk koko)
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 3 biji telur gred A
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 sudu besar ovalette
  • ½ cawan susu sejat
  • ½ cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Perisa pilihan dan pewarna makanan mengikut selera

Cara-cara membuat kek kukus mudah:

1. Campurkan telur, gula kastor, ovalette dan esen vanilla dalam satu mangkuk besar. Pukul dengan kelajuan tinggi sehingga adunan menjadi kembang, pekat dan gebu.

2. Masukkan susu sejat dan minyak masak. Gaul rata dengan kelajuan rendah atau menggunakan spatula sahaja.

3. Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat, kemudian masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Gaul hingga semua sebati dan tiada ketulan tepung.

4. Bahagikan adunan jika ingin menghasilkan lebih dari satu jenis perisa. Tambahkan pewarna dan perisa mengikut citarasa anda. Contohnya, pewarna merah + serbuk koko untuk red velvet, esen pandan + pewarna hijau untuk pandan dan serbuk koko penuh untuk coklat.

5. Jika menggunakan acuan kecil, tuang adunan dalam 70 gram setiap bekas, kemudian kukus selama 15 minit.

6. Jika menggunakan loyang 9 inci, kukus selama 30 minit. Jika belum masak selepas itu, tambahkan masa beberapa minit hingga lidi keluar bersih.

Selamat mencuba!

Sumber: Iskandar Muadz

Baca juga: Resepi Kek Marble Simple Paling Bajet, Lembut Walaupun Dengan 5 Bahan Sahaja!



Source link

Scroll to Top