Rahsia Menyimpan Ketam: Pastikan Kesegaran Tahan Lebih Lama!


cara simpan ketam

Ramai individu mahir dalam memilih ketam yang segar dan penuh isi, tetapi tidak ramai yang memahami cara menyimpan ketam dengan tepat setelah dibeli. Ketam sememangnya enak dinikmati segar, namun terkadang kita tidak mempunyai peluang untuk memasaknya pada hari yang sama. Oleh itu, ketam perlu disimpan dengan cara yang betul kerana isi ketam mudah rosak, lembik dan berbau busuk jika terlalu lama dibiarkan.

Dengan teknik penyimpanan yang tepat, ketam yang disimpan lama masih boleh dinikmati tanpa merosakkan rasa atau teksturnya. Cara simpan yang efisien bukan sahaja membantu memanjangkan kesegarannya, tetapi juga mengekalkan rasa manis dan isi yang pejal apabila dimasak.

Baca juga: 8 Jenis Ketam Populer Di Malaysia, No. 3 Paling Manis & Lembut!

CARA SIMPAN KETAM

cara simpan ketam

1. Simpan Dalam Peti Sejuk (Chiller) – Untuk Masakan Dalam Tempoh 24 Jam

Langkah-langkah:

  1. Bersihkan ketam, buang kotoran dan potong bahagian tajam atau keras pada kaki.
  2. Cuci bersih dan toskan airnya.
  3. Lap kering menggunakan tisu dapur agar tiada lebihan air.
  4. Masukkan ketam ke dalam bekas bertutup atau balut dengan plastik pembungkus makanan.
  5. Simpan di bahagian bawah peti sejuk (bukan di bahagian beku).

Tip tambahan: Letakkan sedikit ais dalam bekas untuk membantu mengekalkan suhu sejuk.

2. Simpan Dalam Freezer – Untuk Penyimpanan Jangka Panjang (1-2 Bulan)

Langkah-langkah:

  1. Bersihkan ketam seperti di atas.
  2. Anda boleh menyimpan ketam dalam keadaan keseluruhan atau memotongnya kecil-kecil bergantung kepada kegunaan.
  3. Masukkan ke dalam plastik ziplock atau bekas kedap udara.
  4. Labelkan tarikh penyimpanan untuk rujukan di masa akan datang.

Tip tambahan: Jika ingin memelihara rasa dan tekstur dengan lebih baik, boleh celur (blanch) ketam selama 1-2 minit sebelum menyimpannya dalam freezer.

Sumber: MySihat

Baca juga: Tip Memilih Ketam Segar, Manis Dan Banyak Isi, Baru Berbaloi Nak Beli



Sumber pautan

Scroll to Top