Ibunda yang kehabisan idea untuk menggunakan lebihan nasi untuk santapan malam, anda boleh mencuba untuk menyediakan Nasi Goreng Udang Kahwin yang sangat menarik ini.
Hidangan ini diberi nama Nasi Goreng Udang Kahwin oleh seorang pengguna Facebook, Afy AL Habibi, disebabkan penggunaan 2 ekor udang. Mari kita lihat resipinya!
Baca juga: Nasi Goreng Kampung Simple Stail Orang Dulu-Dulu, Tumbuk 4 Bahan Sahaja Dah Siap!
RESIPI NASI GORENG UDANG KAHWIN
Bahan-bahan:
- 4 senduk nasi
- 2 ekor udang
- Telur
- ½ potong ikan tenggiri jeruk
- 1 sudu besar sos cili
- 1 sudu kecil sos tiram
- ½ sudu kecil kicap lemak manis
- ½ sudu kecil kicap ikan
- 1/3 sudu kecil kicap golden mountain
- ½ sudu kecil minyak bijan
- 1/3 sudu kecil serbuk lada sulah
- ½ sudu kecil gula
- 2 cubit perasa
- Batang dan daun kailan
- Lobak merah
- Cili padi Thai (diketuk, jika ingin pedas, hancurkan halus)
- Bawang holland
- 1 sudu kecil bawang putih goreng
Bahan tumis:
- 3 ulas bawang putih (diketuk atau dicincang halus)
- 3 tangkai cili padi Thai (diketuk)
- Minyak bawang putih
Cara-cara memasak:
1. Panaskan 1 senduk kecil minyak masak biasa bersama 1 sudu minyak bawang putih, kemudian goreng ikan tenggiri jeruk hingga agak garing dan ketepikan.
2. Setelah itu, tumis bawang putih sehingga wangi bersama cili padi.
3. Masukkan udang terlebih dahulu dan goreng sehingga kulitnya berubah warna atau hampir masak, kemudian ketepikan.
4. Pecahkan sebiji telur dan biarkan mengeras sedikit, baru kacau.
5. Tambahkan sos perasa yang disenaraikan (boleh tambah atau kurang bergantung pada sukatan nasi) dan kacau seketika.
6. Sekarang, masukkan 4 senduk nasi ke dalam kuali.
*Untuk nasi goreng yang sedap, saya lebih suka menggunakan beras tempatan kerana lebih lembut dan hasilnya sama seperti di kedai.
7. Tambah batang kailan, kemudian biar nasi dan batang kailan masak terlebih dahulu.
8. Kacau selama 3 hingga 4 minit (bisa gunakan api sedikit besar).
9. Sebelum mematikan api, masukkan baki sayur dan hiasan tadi serta 1 sudu kecil bawang putih goreng.
10. Kacau dalam seminit, lalu terus matikan api. Elakkan lama supaya sayur tidak berubah warna atau bahan hiasan layu. Siap!
Kami percaya jika anda menyediakan Nasi Goreng Udang Kahwin di rumah, pasti suami akan memuji keenakannya nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Afy AL Habibi
Baca juga: Nasi Goreng Ikan Rebus, Nak Tambah Lagi Sedap Kena Letak Bahan ‘Ini’