Keajaiban Pulut Durian: Santapan Lezat dengan Kuah Santan yang Menggoda


resepi pulut durian

Musim durian yang melanda di Malaysia mendorong ramai untuk mencari resepi yang menggunakan durian. Tidak lain dan tidak bukan, pasti resepi Pulut Durian menjadi pilihan utama.

Pulut Durian merupakan sejenis hidangan pencuci mulut tradisional yang terkenal di Malaysia, yang adalah kombinasi antara pulut (beras pulut dikukus) dengan santan berlemak masin serta isi durian segar.

Amy Suhaila telah berkongsi resepi Pulut Durian di dalam blognya yang sangat mudah untuk disediakan tetapi hasilnya memuaskan dan sedap tak terkata. Jom kita cubalah!

Baca juga: Cara Memasak Pulut Dengan Periuk Nasi, Walaupun Tanpa Santan Pun Sedap!

RESEPI PULUT DURIAN

resepi pulut durian

Kredit gambar: jcomp dari Freepik

Bahan-bahan:

  • 2 cawan beras pulut susu (direndam sekitar 30 minit)
  • 1 biji kelapa yang telah diparut
  • 1 cawan air panas
  • Garam secukup rasa
  • Isi durian yang diambil
  • Gula pasir (untuk ditabur, jika mahu)

Cara-cara penyediaan:

1. Rendam beras pulut atau mana-mana jenis beras pulut selama 30 minit, kemudian toskan.

2. Panaskan periuk kukusan, apabila air telah mendidih, masukkan beras pulut susu yang telah ditos dan kukus sehingga masak.

3. Untuk santan, masukkan kelapa yang telah diparut ke dalam blender, campurkan 1 cawan air panas dan kisar. Kemudian, tapis kelapa tersebut bagi mendapatkan santan.

4. Gabungkan santan yang dikisar dengan sedikit garam, kacau hingga sebati. Ini bertujuan agar santan menjadi lemak-lemak masin.

5. Untuk nikmati pulut durian, masukkan pulut, santan, dan isi durian ke dalam mangkuk dan taburkan sedikit gula pasir (jika mahu). Siap untuk dihidangkan!

Selain gula pasir, anda juga boleh menggantikannya dengan gula melaka yang telah diparut atau isi kelapa yang telah dikisar dan dimasak atau digoreng dengan gula melaka.

Selamat mencuba!

Kredit gambar muka depan: jcomp dari Freepik

Sumber: Amy Suhaila

Baca juga: Resepi Durian Crepe Lembut & Gebu, Pencinta Durian WAJIB Cuba Buat!



Source link

Scroll to Top