Musim durian yang melimpah di Malaysia menarik minat ramai untuk mencari resepi yang menggunakan durian. Sudah tentu, resepi Pulut Durian menjadi pilihan utama.
Pulut Durian merupakan sejenis pencuci mulut tradisional yang terkenal di Malaysia, dihasilkan daripada pulut (beras pulut yang telah dikukus) bersama santan berlemak masin dan isi durian yang segar.
Amy Suhaila telah berkongsi resepi Pulut Durian di blognya yang amat mudah untuk disediakan tetapi rasanya sangat lazat. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Memasak Pulut Menggunakan Periuk Nasi, Tanpa Santan Pun Enak!
RESEPI PULUT DURIAN

Kredit gambar: jcomp dari Freepik
Bahan-bahan:
- 2 cawan beras pulut susu (direndam sekitar 30 minit)
- 1 biji kelapa yang telah diparut
- 1 cawan air panas
- Garam secukup rasa
- Buah durian yang diambil isinya
- Gula pasir (untuk taburan, jika mahu)
Cara-cara membuat:
1. Rendam beras pulut selama 30 minit, kemudian toskan.
2. Panaskan periuk kukusan; setelah air mendidih, masukkan beras pulut yang telah ditoskan dan kukus sehingga matang.
3. Untuk santan, masukkan kelapa yang diparut ke dalam blender, campurkan 1 cawan air panas dan kisar. Selepas itu, tapis untuk mendapatkan santan yang halus.
4. Campurkan santan yang ditapis dengan sedikit garam dan gaul hingga sebati. Ini bertujuan untuk memberi rasa lemak-lemak masin pada santan.
5. Untuk menikmati pulut durian, letakkan pulut, santan, dan isi durian dalam mangkuk dan taburkan sedikit gula pasir (jika suka). Siap untuk dihidangkan!
Selain gula pasir, anda boleh menggantikannya dengan gula melaka yang telah diparut atau isi kelapa yang dimasak atau digoreng bersama gula melaka.
Selamat mencuba!
Kredit gambar muka depan: jcomp dari Freepik
Sumber: Amy Suhaila
Baca juga: Resepi Durian Crepe Gebu Montok & Lembut, Pencinta Durian WAJIB Cuba!