Sup Bihun Pantas & Praktikal: Sediakan Dalam 15 Minit!


bihun sup easy

Tiada waktu untuk sediakan makanan berat untuk keluarga, tetapi setiap kali waktu makan pasti anak-anak mula mengeluh lapar. Jadi, inilah masanya untuk membuat Bihun Sup mudah di rumah.

Bihun Sup adalah sajian yang menggunakan bihun sebagai komponen utama, dihidangkan bersama kuah sup yang ringan serta pelbagai bahan tambahan seperti isi ayam, bebola ikan, sayur-sayuran dan sambal kicap sebagai pelengkap.

Baru-baru ini, Najah Mohd berkongsi cara penyediaan hidangan ini di Facebook yang sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai jadual padat kerana boleh disiapkan dalam 15 minit sahaja. Mari kita cuba!

Baca juga: Petua Memilih Dan Cara Merendam Bihun Mengikut Jenis, Hasil Memuaskan!

RESIPI BIHUN SUP MUDAH

bihun easy

Bahan-bahan bihun sup:

  • Bihun (rendam dalam air suam sehingga lembut)
  • ½ labu bawang putih (dihiris halus)
  • Isi ayam
  • 2 batang akar daun bawang
  • 1 kiub pati ayam atau jenama Masako
  • Lada sulah
  • Garam
  • Bebola ikan (fishball)
  • Kek ikan (fishcake)
  • Sayur pak choy

Bahan-bahan sambal kicap:

  • 10 tangkai cili
  • 2 ulas bawang putih
  • Kicap manis
  • Limau kasturi

Cara-cara memasak:

1. Goreng bawang putih yang telah dicincang sehingga keemasan. Angkat dan ketepikan separuh sebagai hiasan, tinggal separuh lagi dalam kuali.

2. Masukkan isi ayam ke dalam kuali dan reneh bersama bawang putih tadi hingga masak dan mengeluarkan aroma.

3. Tambahkan akar daun bawang, kiub pati ayam, dan sedikit air (anggaran 2 cawan).

4. Setelah kuah mula mereneh, masukkan fishball dan fishcake.

5. Masukkan bawang putih goreng yang sebelumnya, kemudian perasakan dengan lada sulah dan garam secukup rasa.

6. Tambah sayur pak choy. Jangan masak terlalu lama agar ia kekal segar dan rangup.

7. Tuangkan sup ke atas bihun yang telah dicelur. Siap untuk dihidangkan!

Cara-cara menyediakan sambal kicap:

1. Goreng seketika cili dan bawang putih hingga layu.

2. Kisar bersama kicap.

3. Perah sedikit limau kasturi.

Selamat mencoba!

Sumber: Najah Mohd

Baca juga: Ibu Mertua Mengajarkan Cara Membuat Bihun Goreng Singapore Sedap, Sekali Masak Pasti Licin!



Sumber pautan

Scroll to Top