Rahsia Menyimpan Cili Dalam Botol: Kekalkan Kesegaran Hingga 8 Bulan!


petua simpan cili

Hampir setiap masakan memerlukan elemen pedas seperti sambal, tumisan dan hidangan berkuah. Oleh itu, penting untuk anda mengetahui cara simpan cili agar tetap segar dan tahan lama.

Salah satu isu yang sering dihadapi di dapur adalah cili yang cepat busuk atau berkulat walaupun disimpan dalam peti sejuk. Baru dibeli dalam 2 hingga 3 hari, cili sudah kelihatan lembik dan berbau tidak enak.

Sebenarnya, terdapat satu petua untuk menyimpan cili yang sangat mudah dan efektif yang dikongsi oleh pengguna Lemon8, iaitu adrisri, hanya menggunakan botol. Mari kita lihat langkahnya!

Baca juga: Tangan Terbakar Selepas Memotong Cili & Bau Hanyir Melekat, Cubalah Petua 2 Bahan Ini, Pasti Hilang Sekejap!

PETUA SIMPAN CILI DALAM BOTOL

petua simpan cili

Kredit gambar: Facebook Has Linda

1. Cuci cili terlebih dahulu.

Setelah membeli dari pasar atau kedai, cuci cili dengan bersih untuk menghilangkan kotoran dan sisa racun serangga. Jika boleh, gunakan air mengalir. Tidak perlu membuang tangkainya; biarkan saja seperti asal.

2. Toskan hingga betul-betul kering.

Pastikan cili benar-benar kering sebelum disimpan. Anda boleh biarkan seketika di atas tisu dapur atau kain bersih agar air betul-betul kering. Jangan simpan cili yang masih lembap kerana air dapat menyebabkan cili cepat lembik dan rosak.

3. Masukkan cili ke dalam botol.

Gunakan botol air mineral kosong yang bersih dan kering. Masukkan cili satu demi satu ke dalam botol. Tiada keperluan untuk memotong atau membuang tangkai serta tidak perlu menambah air sama sekali.

4. Tutup botol dengan ketat.

Pastikan penutup botol ditutup dengan kemas agar tiada udara luar yang masuk. Ini membantu memperlambatkan proses pembusukan.

5. Simpan dalam peti sejuk di bahagian sayur.

Letakkan botol yang berisi cili di bahagian bawah peti sejuk, iaitu tempat biasa menyimpan sayur. Suhu di kawasan ini sesuai untuk memastikan cili kekal segar lebih lama.

Semoga ini bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: Facebook Has Linda, Shopee

Sumber: adrisri

Baca juga: Cara Simpan Daun Sup & Daun Ketumbar Agar Bertahan Lama, Kekal Segar Seperti Baru Beli!



Pautan sumber

Scroll to Top