Kombinasi Rasa Istimewa: Seri Muka Durian yang Menggoda untuk Pencinta Durian!


resepi seri muka durian

Di antara pelbagai resipi Seri Muka Durian yang telah dicuba, hidangan ini paling serasi dengan citarasa kebanyakan orang. Hasilnya sangat lembut, berkrim dan tidak terlalu manis.

Seri Muka Durian adalah sejenis kuih tradisional Melayu yang dihasilkan dengan beras pulut yang dikukus bersama santan dan garam, ala campuran isi durian, santan, telur, gula dan tepung.

Resipi Seri Muka Durian yang dikongsikan oleh Yusnira Ahmad sangat mudah untuk disediakan di rumah dan kami yakin anda pasti berpuas hati dengan hasilnya. Mari kita cuba!

Baca juga: 10 Jenis Durian Di Malaysia Yang Terkenal, No. 5 Ramai Yang Meminati!

RESEPI SERI MUKA DURIAN

resepi seri muka durian

Bahan-bahan lapisan bawah:

  • 2 cawan beras pulut (saya menggunakan pulut susu, rendam selama 1 hingga 2 jam)
  • 2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 sudu kecil garam (lebih sedap menggunakan garam KFC)

Cara-cara untuk menyediakan lapisan bawah:

1. Kukus pulut selama kira-kira 25 minit atau sehingga lembut.

2. Setelah masak, gembur-gemburkan pulut agar ia masak dengan sekata.

3. Kemudian, masukkan ke dalam loyang berukuran 8×8 inci dengan padat.

Bahan-bahan lapisan atas:

  • 1 cawan isi durian
  • ¾ hingga 1 cawan gula
  • 1 biji telur (gred A)
  • 2 cawan santan pekat
  • ½ cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung kastard
  • 1 sudu besar tepung beras
  • Pewarna kuning (2 hingga 3 titis)
  • Secubit garam

Cara-cara untuk menyediakan lapisan atas:

1. Campurkan semua bahan dalam blender dan kisar sehingga halus dan sebati.

2. Tuangkan ke dalam periuk, masak pada api perlahan sambil kacau sehingga adunan menjadi sedikit likat, tetapi tidak terlalu pekat.

3. Selanjutnya, tuangkan campuran ini di atas lapisan pulut yang telah dimasukkan ke dalam loyang tadi.

4. Kukus sehingga bahagian atas masak dengan sempurna.

Selamat mencuba!

Sumber: Yusnira Ahmad

Baca juga: Resipi Pengat Bebola Durian, Rasanya Lemak Manis Hingga Licin Semangkuk



Link sumber

Scroll to Top