Kriuk Kunyit: Resepi Ayam Goreng Mudah Menggunakan Air Fryer yang Bikin Ngiler!


ayam goreng kunyit simple

Tidak pasti apa yang hendak dimasak hari ini? Mengapa tidak mencuba resipi Ayam Goreng Kunyit yang mudah dengan menggunakan air fryer, cepat disediakan dan enak dimakan.

Ayam Goreng Kunyit terdiri daripada potongan ayam yang disaluti dengan serbuk kunyit dan garam, kemudian digoreng hingga garing bersama sayur campur tumis.

Resipi Ayam Goreng Kunyit yang mudah ini dikongsikan oleh emymellisa di Threads, sesuai dijadikan sebagai hidangan tengah hari, makan malam atau bekal. Ayo kita cuba!

Baca juga: Senangnya Buat Ayam Percik Air Fryer Di Rumah, Isinya Pun Lebih ‘Juicy’ Dan Sedap!

RESEPI AYAM GORENG KUNYIT MUDAH AIR FRYER

ayam goreng kunyit simple

Bahan-bahan untuk ayam perap:

  • 500 gram kepak ayam (belah tengah)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk cili (mengikut tahap kepedasan yang diingini)
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu kecil serbuk bawang putih (garlic powder)
  • 1 sudu besar minyak zaitun tulen
  • 1 sudu besar mayonis

Cara-cara menyediakan ayam perap:

1. Gabungkan semua bahan dan gaul bersama ayam.

2. Perap ayam sekurang-kurangnya 30 minit (semakin lama, semakin sedap).

Sayur-sayuran:

Cara-cara memasak guna air fryer untuk ayam:

1. Panaskan air fryer pada suhu 170°C.

2. Masukkan ayam dan masak selama 20 minit.

3. Jangan lupa membalikkan ayam setelah 10 minit untuk memastikan masak sekata dan rangup di luar.

Cara-cara memasak guna air fryer untuk sayur:

1. Masukkan sayur ke dalam bakul air fryer.

2. Masak pada suhu 170°C selama 10 minit.

3. Anda boleh mengacau sekali selepas 5 minit jika mahukan tekstur sekata.

Selamat mencuba!

Sumber: emymellisa

Baca juga: Ayam Bakar Air Fryer Tanpa Gula, 3 Langkah Sahaja Dapat Isi Lembut Berjus!



Sumber pautan

Scroll to Top