Sirap Limau kini melakukan kempen motivasi ‘Next Stop: Kerjaya!’ yang berlangsung dari 1 Julai hingga 31 Ogos 2025, khusus untuk pelajar SPM, lepasan sekolah, graduan, dan orang ramai yang sedang mencari panduan kerjaya.
Dengan tema “Cipta Jalan, Bina Masa Depan” dan tanda pagar #NextStopKerjaya, inisiatif ini menekankan bahawa kejayaan tidak semestinya bergantung kepada pencapaian akademik. Yang lebih utama adalah mengenali potensi diri dan berani untuk mencuba.
Baca juga: Malaysia Tampil Hidangan Kreatif Di Pastry World Cup 2025, Berjaya Bawa Pulang Pingat Gangsa
KEMPEN ‘NEXT STOP: KERJAYA!’ MENAWARKAN PANDUAN, MEMBUKA JALAN MASA DEPAN
Di tengah dunia yang semakin mencabar, pilihan kerjaya kini lebih bervariasi dan tidak lagi terhad kepada laluan tradisional. Namun, masih ramai yang keliru dengan arah tujuan atau terperangkap dalam penipuan pekerjaan.
Menanggapi situasi ini, Sirap Limau melancarkan kempen ‘Next Stop: Kerjaya!’ yang mengangkat isu-isu sebenar masyarakat, termasuk kebimbangan anak muda dan harapan golongan OKU untuk peluang kerja yang lebih saksama.
Berbagai artikel, infografik dan video berinspirasi akan dikongsi di laman khas siraplimau.com/nextstopkerjaya, dengan kerjasama rakan strategik seperti Coursera dan Jobstreet.
TIGA FASA UTAMA DALAM KEMPEN ‘NEXT STOP: KERJAYA!’
Kempen Next Stop: Kerjaya! dibahagikan kepada tiga fasa yang menarik, setiap satu dengan pengisian unik:
1. Pit Stop Kerjaya.
Fasa pertama bagaikan hentian rehat untuk mengumpul semangat. Anda akan disuguhkan dengan artikel dan video inspirasi, termasuk wawancara dengan tokoh cemerlang serta kisah individu biasa yang berjaya merealisasikan kerjaya mereka.
2. Suara Pencari Kerja.
Fasa kedua menyasarkan masyarakat, khususnya para pencari kerja. Dua hantaran utama akan dimuat naik di Facebook Sirap Limau, berkenaan kerjaya inklusif untuk OKU dan penipuan pekerjaan.
Melalui hantaran ini, komuniti dijemput untuk berkongsi pengalaman dan pandangan yang mungkin menjadi rujukan berguna kepada penjelajah kerjaya yang lain.
Menariknya, fasa ini juga mempersembahkan podcast khas berjudul ‘Realiti’ di YouTube Sirap Limau, yang menampilkan seorang pakar forensik terkenal berkongsi perjalanan kerjayanya dari anak kampung hingga berjaya menangani kes bertaraf dunia.
3. Destinasi SPM.
Fasa terakhir memfokuskan kepada calon SPM 2025. Melalui hantaran khusus di Facebook, orang ramai digalakkan untuk berkongsi kisah, pengalaman dan tips kerjaya yang mampu menyemarakkan semangat calon-calon yang akan menghadapi peperiksaan penting ini.
ADA PROGRAM KHAS, BUAL BICARA ‘CERITA SPM KITA’
Sebuah program perbincangan dengan tema ‘Cerita SPM Kita’ akan berlangsung pada 20 Ogos 2025, dipandu oleh Penyampai Radio KOOL 101, Muaz Mohamed.
Acara ini akan menampilkan tiga tetamu sangat istimewa iaitu seorang wakil pelajar cemerlang SPM 2024, seorang personaliti TV terkenal dan seorang ahli politik yang berpengaruh.
Ketiga-tiga individu ini akan menceritakan kisah suka duka kehidupan sekolah mereka, serta perjalanan mereka menuju kejayaan dalam hidup dan kerjaya.
Program ini bakal disiarkan secara langsung di TikTok Sirap Limau, disaksikan oleh orang ramai dan 30 pelajar SPM yang diundang khas ke Media Prima.
JEMPUT HADIR KE BOOTH-ACTIVATION ANJURAN TALENTLABS
Sirap Limau akan turut serta dalam ‘booth-activation’ di Pameran Kerjaya 2025 yang dianjurkan oleh TalentLabs pada 23 dan 24 Ogos ini. Jemput hadir kerana ini adalah peluang terbaik untuk anda berinteraksi, belajar, dan merancang masa depan.
Sirap Limau juga mengajak semua rakyat Malaysia untuk berkongsi kisah kerjaya anda, tidak kiralah pahit, manis, atau jatuh bangun. Ini bukan sekadar kempen, tetapi satu usaha untuk membina generasi yang yakin dan bersedia menghadapi cabaran.
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, sila layari siraplimau.com/nextstopkerjaya dan ikuti Sirap Limau di semua media sosial rasmi @siraplimau.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi:
Kredit gambar muka depan: jcomp dari Freepik
Sumber: Sirap Limau
Baca juga: My Resipi, Sirap Limau, VOCKET & Waktu Solat Malaysia Lancar Kempen ‘Halal Travel’