“Kungfu Bihun Spicy Delight: A Restaurant-Worthy Recipe You Can Master at Home!”


bihun kungfu

Banyak yang mungkin belum pernah merasai bihun kungfu ini. Rasanya benar-benar lazat; sungguh sayang bagi mereka yang tidak pernah mencubanya.

Selalunya bila berkunjung ke kedai makan, ramai yang sering memilih kuetiau kungfu. Namun, kali ini mari kita ubah selera dengan mihun kungfu pula.

Untuk mereka yang berminat untuk mencuba, anda boleh merujuk resipi di bawah. Jika buat sendiri di rumah, bukan sahaja lebih jimat, tetapi juga lebih enak!

Baca juga: Mihun Rebus Enak Ada Rahsianya, Rupanya Perlu Kisar Bahan Ini

RESEPI BIHUN KUNGFU

bihun kungfu

Bahan-bahan:

  • 1/2 paket bihun (digoreng dalam minyak yang panas)
  • 2-3 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • Daging ayam
  • Fishcake
  • Udang
  • Kailan
  • Lobak merah
  • Bunga kobis
  • 1 kiub ayam
  • Serbuk lada sulah
  • 1 sudu besar tepung jagung + air
  • 1 telur (yang dipukul)

Langkah-langkah:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga wangi.
  2. Masukkan daging ayam dan udang, gaul hingga separuh masak.
  3. Tambahkan air, kiub ayam, garam, dan serbuk lada sulah. Gaul rata.
  4. Masukkan lobak merah dan bunga kobis, masak sehingga sayuran menjadi lembut.
  5. Masukkan kailan dan fishcake, kemudian tambah tepung jagung yang telah dicampur dengan sedikit air untuk memekatkan kuah.
  6. Tuang telur yang telah dipukul, kacau perlahan-lahan.
  7. Letakkan bihun yang telah digoreng dalam pinggan dan curahkan kuah di atas bihun.
  8. Siap! Nikmati bihun kung fu yang enak ini.

Kaedah menggoreng mihun:

Sumber: Rozmaliza Omar

Baca juga: Mihun Rebus Enak Ada Rahsianya, Rupanya Perlu Kisar Bahan Ini



Source link

Scroll to Top