Resipi Asam Pedas Ayam menjadi viral selepas Khairul Aming berkongsi langkah demi langkah penyediaannya di platform sosial TikTok miliknya, menarik perhatian ramai peminat masakan tradisional.
Tidak mahu ketinggalan, ramai yang teruja mencuba sendiri resipi ini di rumah! Oleh itu, kami juga ingin berkongsi resipi beliau sebagai rujukan buat anda yang ingin menikmati hidangan ini dengan cara yang autentik dan lazat.
Menariknya, resipi ini cukup fleksibel kerana anda boleh menggantikan ayam dengan ikan, daging, atau sumber protein lain mengikut selera masing-masing. Namun, bagi memastikan keenakan maksimum dalam versi asam pedas ayam, pastikan anda menggunakan ayam yang segar supaya kuahnya lebih berperisa dan teksturnya kekal juicy serta lembut.
Jika ada yang berminat untuk mencuba, mari kita lihat resepi lengkap di bawah!
Baca juga: Aroma Mewah Ayam Goreng Pandan yang Menggoda Hingga ke Rumah Jiran!
RESEPI ASAM PEDAS AYAM
Bahan-bahan:
- 2 biji bawang merah bersaiz besar
- 5 ulas bawang putih
- Halia sebesar jari telunjuk
- Seketul kecil kunyit hidup
- 3 biji cili padi
- Seketul belacan yang telah dibakar
- 2 batang serai yang telah diketuk
- Cili kisar
- 1 ekor ayam
- Garam
- Perasa (seasoning)
- 1 sudu pes asam jawa
- Daun kesum
- Bunga kantan
- 1 biji tomato
- Kacang bendi (mengikut cita rasa)
Cara-cara memasak:
- Kisar bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, cili padi dan belacan yang sudah dibakar.
- Tumis bahan kisar bersama serai yang telah diketuk.
- Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
- Tambah ayam. Masukkan garam dan perasa (seasoning).
- Tambahkan air secukupnya untuk mendapatkan kuah.
- Masukkan pes asam jawa, daun kesum dan bunga kantan.
- Apabila kuah mula pekat, masukkan tomato dan kacang bendi. Kacau lagi dan sedia untuk dihidangkan.
Sumber: Khairulaming
Baca juga: Aroma Mewah Ayam Goreng Pandan yang Menggoda Hingga ke Rumah Jiran!