Nugget Ayam Buatan Tangan: Sihat, Lezat, dan Bebas Pengawet!


resepi nugget ayam

Apabila terdapat sisa nasi dari semalam dan potongan ayam di dalam peti sejuk, mengapa tidak mencuba resipi nugget ayam homemade yang lazat dan mudah untuk disediakan? Gunakan bahan asas yang sering terdapat di dapur.

Resipi ini amat sesuai untuk para ibu yang ingin menyiapkan snek berkhasiat untuk anak-anak atau mereka yang mencari idea untuk menghabiskan sisa nasi. Tiada bahan yang rumit, tidak sukar dan tidak memerlukan banyak masa.

Setelah dikukus, simpan di dalam peti sejuk. Apabila ingin menikmatinya, goreng sahaja. Anak-anak pasti menyukainya dan ibu juga tenang kerana tahu bahan yang digunakan. Jika dibeli dari luar, risau terdapat bahan pengawet.

Baca juga: Resipi Sosej Ayam Homemade, Kenikmatan Setiap Gigitan Lembut dan Tidak Kenyal

RESEPI NUGGET AYAM HOMEMADE

resepi nugget ayam

Bahan-bahan:

  • Nasi (sisa pun boleh digunakan)
  • Isi ayam
  • Lobak merah
  • Bawang putih
  • Telur
  • Tepung gandum atau tepung bestari (pilih salah satu, tidak perlu mencampur)

Cara Penyediaan:

  1. Kisar nasi, isi ayam, lobak merah dan bawang putih sehingga halus.
  2. Tuangkan adunan ke dalam bekas tahan panas dan kukus selama 30 minit.
  3. Biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dipotong mengikut bentuk yang diinginkan.
  4. Celup potongan nugget ke dalam telur, kemudian saluti dengan tepung pilihan.
  5. Goreng sehingga bertukar keemasan dan garing di luar.

Sangat mudah untuk disediakan dan boleh disimpan di dalam peti sejuk beku sebagai stok. Apabila lapar, tinggal goreng sahaja. Memang berbaloi dan memuaskan!

Sumber: Izzah Idzhar

Baca juga: Cara Buat Serbuk Pati Ayam Homemade. Tanpa Gula, Garam, MSG & Bahan Pengawet!



Sumber pautan

Scroll to Top