Resepi ubi kentang goreng cili padi ini amat ideal bagi mereka yang mempunyai banyak kentang di rumah tetapi tidak tahu apa yang perlu dimasak.
Ubi kentang sering digunakan sebagai bahan pelengkap dalam hidangan seperti kari daging ataupun kari ayam.
Namun, kali ini, apa kata kita cuba resipi kentang goreng cili padi yang mudah dan cepat disediakan untuk seisi keluarga.
Baca juga: Jangan Buang Kulit Ubi Kentang! Rupanya Boleh Buat Kerepek Rangup Untuk Kudapan
RESEPI UBI KENTANG GORENG CILI PADI
Bahan-bahan:
- 5-6 biji cili api (mengikut tahap kepedasan yang dikehendaki)
- 2 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 3-4 biji cili merah (boleh ditambah atau dikurangkan)
- 3-4 biji kentang (dipotong dadu)
- Perasa (garam, gula dan serbuk perasa secukupnya)
- Minyak untuk menggoreng
Cara memasak:
- Potong kentang kepada bentuk dadu, selepas itu goreng hingga kentang masak dan berwarna keemasan.
- Sementara itu, kisar bawang merah, bawang putih dan cili api (serta cili merah jika digunakan) hingga halus.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian tumis campuran yang telah diblend tadi hingga wangi dan garing.
- Tambahkan perasa seperti garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
- Terakhir, masukkan kentang goreng yang telah siap, kacau secara rata supaya semua bahan tercampur dengan baik.
- Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi dan gambar: Liyzaa Fendiy
Baca juga: Resepi Begedil Kentang Ayam Tanpa Tepung, Guna Cara Ini Confirm Tak Hancur!