Kek Pandan Keju Leleh Kukus: Aroma Menggoda yang Menggamit Rasa!


kek pandan cheese leleh

Siapa cakap nak buat kek yang enak mesti ada oven? Dengan resipi Kek Pandan Cheese Leleh ini, anda boleh menghasilkan kek yang gebu, lembap dan wangi hanya dengan periuk kukus.

Kelebihan resipi Kek Pandan Cheese Leleh yang dikongsikan oleh She Syida di Facebook ini, ia sangat mudah dan mesra poket. Ayo kita coba!

Baca juga: Suka Membuat Kek Sarang Semut Tetapi Selalu Gagal? Cuba Petua Ini, Pasti Akan Berongga Cantik!

RESIPI KEK PANDAN CHEESE LELEH KUKUS

kek pandan cheese leleh

Bahan-bahan kek:

  • ¾ cawan gula (kurang manis)
  • 3 biji telur (gred B)
  • 1 sudu besar ovalette
  • ½ cawan minyak masak
  • ½ cawan susu cair
  • 1 sudu teh perisa pandan
  • ½ penutup pewarna hijau
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder

Bahan-bahan cheese leleh:

  • 250gm krim keju Tatura
  • ¼ cawan susu cair
  • 1/3 cawan susu pekat manis (tak terlalu manis)

Cara-cara membuat:

1. Mix gula, telur, ovalette hingga gebu dan berwarna cerah atau putih.

2. Masukkan minyak, susu cair, pewarna hijau dan perisa pandan.

3. Mix sehingga sebati.

4. Masukkan tepung dan baking powder, kemudian mix sebentar tetapi jangan lama.

5. Hentikan mixer dan kaup balik bahan tadi. Masukkan dalam bekas, 1/3 bekas untuk kek naik.

6. Tutup adunan supaya tidak terkena titisan air wap.

7. Kukus kek selama 30 minit dengan api sederhana dan pastikan air mendidih sebelum mengukus.

8. Sementara itu, boleh sediakan cream cheese leleh. Mix semua bahan sehingga gebu.

9. Selepas kek masak, tunggu hingga kek betul-betul sejuk. Paipkan cream cheese di atas kek. Parut cheddar cheese di atas kek.

Tips tambahan:

  • Ikut sukatan dengan tepat. Tak perlu masukkan soda bikarbonat, cukup dengan ovalette dan baking powder.
  • Untuk cream cheese, tidak perlu guna whipping cream bagi menjimatkan.
  • Semasa proses kukus, tutup dengan penutup atau gunakan aluminium foil.

Selamat mencuba!

Sumber: She Syida

Baca juga: Kek Kukus Gebu Versi Bajet, Satu Adunan Mudah Boleh Buat Banyak Perisa!



Link sumber

Scroll to Top