Hampir setiap hidangan dimulakan dengan tumisan bawang, baik untuk lauk, sambal, atau sup. Oleh itu, anda perlu mengenali tips menyimpan bawang kisar agar tahan lebih lama.
Ramai yang gemar mengisar bawang terlebih dahulu agar lebih mudah dan pantas ketika memasak. Namun, masalah yang sering berlaku adalah bawang kisar cepat rosak, berair, dan mula mengeluarkan bau.
Sebenarnya, terdapat tips menyimpan bawang kisar yang sangat mudah tetapi bermanfaat. Bukan hanya tahan lama, bahkan tips ini dapat membuat proses memasak di dapur jadi lebih efisien. Mari kita lihat tips-tips tersebut!
Baca juga: 5 Cara Simpan Bawang Supaya Tak Berbau, Guna Tips Ini Pasti Tahan Lama
TIPS MENYIMPAN BAUNG KISAR
1. Pertama, kupas bawang merah dan bawang putih. Basuh bersih dan potong. Sebaiknya, gunakan pengisar food processor blender kerana jenis ini kering dan tidak memerlukan air tambahan.
2. Bawang akan lebih awet jika dikisar tanpa air. Tambahan pula, pengisar jenis ini juga sesuai untuk mengisar cili, ayam, daging, dan lain-lain.
3. Masukkan ke dalam bekas dan tambahkan minyak masak (rahsia agar bawang kisar lebih tahan lama).
4. Ketika ingin memasak, pastikan menggunakan sudu bersih dan tidak bercampur dengan bahan lain. Ini kerana jika tercampur dengan sisa bahan lain, ia akan mempercepatkan kerosakan bawang kisar.
5. Setelah selesai, simpan bawang kisar ke dalam peti sejuk.
6. Tidak perlu mengisar bawang terlalu banyak, cukup untuk kegunaan dalam jangka masa 1 hingga 2 minggu. Jika disimpan terlalu lama, kesegarannya akan menurun dan rasa sedikit berubah.
Dengan cara ini, bukan hanya dapat menjimatkan waktu di dapur, tetapi juga menghindari pembaziran. Paling utama, pastikan menggunakan peralatan yang bersih dan menyimpannya dalam bekas yang tertutup rapat.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Dibalicious
Baca juga: Cara Simpan Cili Kisar Supaya Tahan Lama, Jimat Nak Guna Untuk Masak!