Kerepek Pisang Gula: Rahsia Sedap Pisang Jenis ‘Ini’ dari Generasi Lama!


kerepek pisang gula

Waktu petang memang menggembirakan apabila dapat menikmati kudapan yang enak di rumah. Sudah sering menikmati kerepek yang biasa, apa kata kali ini anda mencuba untuk menyediakan Kerepek Pisang Gula pula?

Kerepek Pisang dibuat dengan menggunakan potongan pisang yang dikeringkan dengan cara menggoreng dalam minyak yang panas, dan terdapat pelbagai jenis kerepek pisang yang boleh didapati di pasaran.

Apabila ia disalutkan dengan gula atau sira, terhasillah Kerepek Pisang Gula yang manis serta rangup. Lazimnya, individu zaman dahulu suka membuat kerepek jenis ini kerana inginkan kelainan.

Nasyitha Aisya II telah berkongsi resipi Kerepek Pisang Gula di Facebook yang menarik untuk dicuba di rumah ketika waktu lapang. Jom kita buat!

Baca juga: Bihun Banyak Di Dapur Sampai Tidak Habis Guna, Boleh Hasilkan Kuih Bihun Manis Rangup!

RESIPI KEREPEK PISANG GULA

kerepek pisang gula

Bahan-bahan:

  • 2 sikat pisang kepok tua yang belum masak
  • 1 auns gula (lebih kurang 30ml, larut dalam air)
  • 1 liter minyak masak

Cara-cara membuat:

1. Pertama, kupas dan hiris pisang dengan nipis. Jika ada alat penghiris, anda boleh memanfaatkannya untuk mendapatkan hasil yang sekata.

2. Kemudian, larutkan gula dalam 100ml air suam.

3. Selepas itu, panaskan minyak dan goreng hirisan pisang hingga kelihatan separuh masak.

kerepek pisang gula

4. Setelah separuh masak, masukkan 2 hingga 3 sudu besar larutan gula (jika nak lebih manis, boleh tambah lagi) dan ulang langkah ini sehingga semua hirisan pisang habis.

5. Apabila kerepek sudah masak, keperangan dan karamel terbentuk, segera naikkan dan toskan.

6. Akhir sekali, tunggu sehingga sejuk sebelum menyimpan dalam balang. Siap untuk dinikmati!

Sesetengah individu menggunakan gula merah untuk membuat kerepek ini, tetapi menggunakan gula putih juga tidak menjadi masalah, asalkan mengikut selera sendiri.

Jika anda memerlukan idea untuk kudapan tambahan di rumah, bolehlah mencuba Kerepek Pisang Gula ini. Jangan buat sedikit sahaja, kerana pasti cepat habis, jadi buatlah banyak supaya puas menikmati nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Nasyitha Aisya II

Baca juga: Resepi Muruku Ringkas, Guna Tepung ‘Ini’ Dapat Hasil Rangup Menjadi!



Source link

Scroll to Top