Ayam Rebus Diet: Juicy & Lezat Tanpa Minyak!


resepi ayam rebus diet

Resepi ayam rebus diet ini amat sesuai untuk anda yang meneruskan usaha menurunkan berat badan, kerana ia langsung tidak menggunakan secalit minyak pun.

Perpaduan herba dan rempah yang wangi meresap masuk ke dalam daging ayam, membuatkan hidangan ini bukan sahaja enak, malah kaya dengan nutrisi.

Jika ada yang ingin mencuba, sila lihat resipi lengkap yang dikongsikan oleh Tuan Adriana Arissa di bawah.

Baca juga: Resipi Ayam Madu Versi Berkuah, Sungguh Enak Sampai Satu Keluarga Tak Henti Memuji!

RESEPI AYAM REBUS DIET

resepi ayam rebus diet

Bahan perapan:

  • Seulas bawang putih (ditumbuk halus)
  • Sekeping halia (ditumbuk halus)
  • Sekadar garam

Cara perapan:

  1. Gabungkan semua bahan iaitu bawang putih, halia dan garam dengan ayam.
  2. Gaul dengan rata dan biarkan perap selama 30 minit.

Bahan sampingan:

  • Serbuk cili (mengikut tahap kepedasan)
  • Beberapa helai rosemary (jika ada)
  • Serbuk perasa atau stock ayam
  • Daun ketumbar (pilihan)
  • Sedikit sos tiram

Cara memasak:

  1. Masukkan ayam yang telah diperap ke dalam periuk.
  2. Tuangkan air hingga menenggelami ayam.
  3. Tambahkan semua bahan sampingan iaitu serbuk cili, rosemary, serbuk perasa, daun ketumbar, dan sos tiram.
  4. Rebus semua bahan sehingga air hampir kering dan kuah menjadi pekat.
  5. Siap untuk dihidangkan bersama nasi putih yang panas.

Sumber: Tuan Adriana Arissa

Baca juga: Resipi Ayam Bakar Paling Mudah Tapi Sedap, Hanya Guna 3 Bahan Untuk Memerap!



Source link

Scroll to Top