Raih Kenikmatan: Resep Sambal Penyet Berlado yang Pedas dan Menggoda!


cara buat sambal penyet

Apabila menikmati nasi berlauk, tidak lengkap rasanya tanpa sambal sebagai pelengkap. Apa kata, hari ini anda mencuba cara membuat Sambal Penyet Berlado yang pasti dapat memikat selera seluruh keluarga.

Hakikatnya, untuk mencipta Sambal Penyet Berlado ini tidaklah sesukar mana. Resipinya mudah dan boleh disesuaikan mengikut kehendak rasa masing-masing.

Kaedah untuk menghasilkan Sambal Penyet Berlado yang dikongsi oleh Fadzielah Ayub di Facebook ini sangat mudah dengan hanya menggunakan thermomix sahaja. Jom kita mencoba!

Baca juga: Rahsia Warna Sambal Menawan & Tahan Lama, Ikuti Petua Ini Agar Merah Menyala!

CARA MEMBUAT SAMBAL PENYET BERLADO

cara buat sambal penyet

Bahan A:

  • 10 hingga 15 tangkai cili besar (dipotong atau dibuang biji)
  • 8 hingga 15 tangkai cili merah kecil
  • 1 biji bawang besar (dipotong kepada lapan)
  • 2 hingga 3 ulas bawang merah kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato (dipotong kepada empat)
  • 15g ikan bilis
  • ½ hingga 1 sudu kecil belacan (pilihan)
  • 80 hingga 90g minyak masak

Bahan B:

  • 2 sudu besar gula secukup rasa.
  • 1 hingga 1½ sudu kecil garam secukup rasa
  • 2 sudu besar sos ikan (pilihan)
  • 1 biji perahan limau nipis

Cara-cara untuk memasak:

1. Masukkan bahan A ke dalam thermomix dan tumis (10 minit, 120ºC, sp. 0.5).

2. Kikis dan kisar (5 hingga 6 saat, sp. 8). Tempoh bergantung pada tekstur yang diinginkan.

3. Tambahkan bahan B dan tumis lagi (5 minit, 120ºC, sp. 0.5).

4. Rasai sambal dan tambah perasa (gula dan garam) secukup rasa kerana tahap kepedasan cili adalah berbeza. Masak lagi. (3 minit, 120ºC, sp. 0.5).

5. Boleh buang lebihan minyak sebelum memindahkan sambal ke dalam bekas.

6. Simpan sambal di dalam peti sejuk supaya lebih tahan lama.

Jika tiada thermomix di rumah, anda boleh memasak dengan cara tradisional di dapur. Cukup kisar bahan A, tumiskan dan gaul bersama bahan B. Siap untuk digunakan!

Selamat mencuba!

Sumber: Fadzielah Ayub

Baca juga: Cara Buat Sambal Kicap ‘Power’ Menggigit, Enak Dimakan Dengan Apa-Apa Pun!



Source link

Scroll to Top