Hidup ibu-ibu masa kini tidak sama seperti dahulu. Dengan anak-anak bersekolah, kerja pejabat, menguruskan rumah, memasak… kadang-kadang tiada masa untuk bernafas!
Tetapi jangan risau, dengan adanya peralatan dapur yang hebat, pelbagai hidangan yang lazat siap dalam sekelip mata.
Ini adalah 7 peralatan dapur elektrik yang perlu ada di dapur ibu-ibu moden. Bukan sahaja menjimatkan waktu ketika memasak, tetapi juga membuatkan mereka berasa seperti chef profesional di rumah!
1. Air fryer
Dikenali sebagai teman akrab banyak ibu-ibu, air fryer adalah salah satu alat dapur yang mesti dimiliki. Untuk menyediakan sarapan atau makan malam dengan cepat, air fryer adalah sangat membantu. Lebih ringan, kurang kotor, hasilnya tetap memuaskan!
Kelebihan:
- Minyak kurang digunakan = lebih sihat.
- Tiada perlu mengawasi api – masukkan, set waktu, siap!
- Mudah untuk dibersihkan (selamat tinggal minyak yang terpercik).
2. Pressure cooker elektrik
Jika anda gemar memasak sup dan stew, pressure cooker ini adalah penyelamat masa! Selepas pulang dari kerja, anda boleh terus memasak. Dalam waktu yang singkat, sup tulang atau sup daging sudah siap!
Kelebihan:
- Daging menjadi lembut dalam 30 minit.
- Auto shut-off – tidak perlu risau tentang terbakar.
- Pelbagai fungsi: nasi, bubur, sup, malah kek pun boleh dihasilkan
3. Food processor
Food processor bukan sekadar untuk mengisar cili tetapi boleh digunakan untuk pelbagai jenis potongan sayur. Malahan ada yang mampu untuk menguli tepung juga. Hebat bukan?
Kelebihan:
- Menghemat waktu dalam mengisar bahan.
- Boleh mengisar pelbagai bahan termasuk ayam dan daging.
- Mudah menghasilkan pelbagai jenis potongan sayur.
- Ada model yang lengkap dengan penguli.
4. Penapis air pelbagai suhu
Penapis air pelbagai
Suhu adalah salah satu alat dapur yang mesti dimiliki. Menyediakan air atau susu untuk bayi jadi lebih praktikal.
Keuntungannya:
- Air panas/air sejuk selalu tersedia.
- Mudah untuk menyediakan air, susu atau memasak maggi.
5. Pengadun elektrik (stand mixer)
Bagi ibu-ibu yang gemar baking, stand mixer ini memudahkan tugas mengadun, menguli doh. Tak perlu menggunakan tangan. Bersih, cepat, dan hasil doh juga lebih gebu!
Keuntungannya:
- Konsisten & pantas.
- Banyak aksesori: whisk, dough hook, paddle.
- Sesuai untuk penyediaan kek, roti, dan biskut.
6. Periuk nasi pintar
Sekarang periuk nasi sudah ‘multifunction’. Ia bukan hanya boleh memasak nasi, tetapi juga boleh membuat bubur, kek, sup, dan kadang-kadang memasak lauk sekali!
Tidak perlu mengawasi dapur. Anak pulang dari sekolah, suami pulang kerja terus boleh menikmati hidangan.
Keuntungannya:
- Mudah digunakan.
- Auto warm – nasi sentiasa hangat.
- Sesetengah model mempunyai fungsi pressure cooker juga.
7. Ketuhar mini (mini oven)
Boleh menghidangkan menu barat & tempatan. Banyak masakan yang boleh anda siapkan antaranya ayam bakar, pizza, lasagna, roti dan kek. Anak-anak pun teruja ingin menikmati hidangan di rumah.
Keuntungannya:
- Saiz kecil, menjimatkan ruang.
- Fungsi grill, roast, bake.
- Lebih berpatutan berbanding oven besar.
Dapur moden, lebih mudah bagi ibu-ibu untuk beraksi!
Dapur bukan hanya ruang masak, tetapi juga medan di mana para isteri dan ibu-ibu beraksi menyediakan pelbagai hidangan dengan penuh kasih sayang. Dengan bantuan peralatan dapur yang canggih, aktiviti memasak menjadi sangat menyeronokkan.
Jadi, ibu-ibu semua sudah mempunyai perkakas di atas atau belum? Jika belum, boleh mulakan untuk mengumpul satu demi satu. Tidak rugi, semua alat dapur ini adalah pelaburan untuk keselesaan hidup!