Jika anda penggemar ulam, sambal, dan hidangan yang beraroma kuat, anda wajib mencuba resepi petai ikan bilis cili padi ini.
Perpaduan ikan bilis goreng rangup, petai segar, dan sambal cili padi sememangnya pembuka selera yang sukar untuk ditolak.
Hidangan ini amat sesuai dinikmati bersama nasi putih panas, ditambah pula dengan telur mata dan sedikit kicap manis, pasti nasi bertambah banyak!
Baca juga: Resipi Sambal Kentang Ikan Bilis, Lauk Mudah Tapi ‘Power’ Yang Mengagumkan!
RESEPI PETAI IKAN BILIS CILI PADI
Bahan-bahan:
- Petai (secukupnya)
- Ikan bilis (digoreng rangup, secukupnya)
- Cili padi (10 tangkai)*
- Cili besar (5 biji)*
- Bawang besar (1 biji)*
- Bawang putih (2 ulas)*
- Belacan (sebesar ibu jari)*
- Asam keping (1 keping)
- Garam/Rasa (secukupnya)
- Serbuk perasa (jika suka)
- Gula (secukupnya)
- Minyak masak (5 sudu besar, boleh tambah jika diperlukan)
Bahan yang bertanda (*) harus ditumbuk kasar atau dikisar menggunakan chopper.
Cara penyediaan:
- Tumbuk kasar atau kisar bahan yang bertanda (*) iaitu cili padi, cili besar, bawang besar, bawang putih, dan belacan.
- Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumbuk dan tumis sehingga naik aroma dan garing.
- Tambah garam/rasa, serbuk perasa (jika menggunakan), gula, dan asam keping. Gaul rata.
- Masukkan petai, kacau rata dan biarkan selama 2-3 minit supaya petai sedikit layu.
- Tutup api, kemudian tambahkan ikan bilis goreng. Gaul rata dan sedia untuk disajikan.
Tip sedap makan:
Hidangkan dengan telur mata yang menggoda dan nasi putih panas. Siram sedikit kicap manis di tepi nasi, pasti bertambah!
Sumber: Cik Ena Rahman
Baca juga: Resepi Ikan Bilis Kentang Terung Tempe Berlado, Lauk Jimat Tapi Sedap Yang Patut Dicuba!