Banyak sekali tugas harian sampai untuk memasak pun perlu mencari resipi yang ringkas. Oleh itu, kami syorkan anda mencuba Ikan Masak Asam yang mudah disediakan di rumah.
Banyak yang ingin tahu bagaimana rasa Ikan Masak Asam yang sering dipilih sebagai salah satu menu berpantang. Walaupun hidangan ini sederhana, tetapi kelezatannya sangat menakjubkan.
Ingin tahu cara menyediakannya? Anda boleh mengikuti resipi daripada Norashikin Ismail di Facebook yang hasilnya sangat menggugah selera. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Memasak Ikan Kembung Pedas Dalam 10 Minit, Kuah Pekat Memang Membuka Selera!
RESIPI IKAN MASAK ASAM
Bahan-bahan:
- Ikan kembung (boleh juga menggunakan ikan tenggiri atau merah dan lain-lain)
- 2 sudu kecil asam jawa Adabi
- 5 hingga 6 biji bawang merah (belah dua)
- 5 ulas bawang putih
- Sehiris halia (nipis)
- Garam
- Gula
- 5 hingga 10 biji cili padi (boleh diketuk atau dibiarkan sebiji-sebiji)
- Tomato (belah empat, jika tidak mahu letak pun tidak mengapa)
Cara-cara memasak:
1. Pertama, gaulkan ikan dengan garam dan kunyit, kemudian goreng hingga hampir garing.
2. Seterusnya, panaskan minyak, kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik aroma.
3. Setelah aromanya keluar, masukkan asam jawa dan air dalam secawan teh (jika mahu kuah lebih, boleh tambah air).
4. Kemudian, masukkan cili padi dan tomato, seterusnya perasakan dengan garam dan gula. Pastikan rasa masam dan masin seimbang dan sesuai dengan selera.
5. Terakhir, masukkan ikan yang telah digoreng. Siap untuk dihidangkan!
Bukan hanya untuk mereka yang berpantang, tetapi juga mereka yang tidak berpantang boleh terkejut apabila tahu bahawa Ikan Masak Asam sangat sedap dijadikan hidangan tengah hari atau malam di rumah.
Lebih-lebih lagi jika cuaca di luar sedang hujan, dapat menikmati kuahnya panas-panas memang sangat menyegarkan.
Selamat mencuba!
Sumber: Norashikin Ismail
Baca juga: Ikan Bawal Masak Taucu, Hidangan Mudah Dan Ringkas Ini Wajib Disediakan Setiap Minggu