Crispy Meat-Filled Popia: One Bite Won’t Be Enough!


popia goreng

Selain daripada popia sayur, popia goreng daging juga tidak kurang sedapnya. Teksturnya yang rangup serta inti daging yang melimpah pasti akan membuatkan kita tidak puas dengan satu sahaja.

Bahan-bahan yang diperlukan dan cara penyediaannya adalah sangat mudah. Sesuai untuk dijadikan hidangan minum petang bersama seluruh ahli keluarga. Ayuh kita cuba!

Baca juga: Resipi Popia Cheese Rangup Menggunakan 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

RESEPI POPIA GORENG INTI DAGING

popia goreng

Bahan-bahan

  • Sedikit minyak masak untuk menumis
  • Daging cincang
  • 1 biji bawang holland (dicincang halus)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 biji lobak merah (dihiris panjang atau diparut)
  • Lada hitam (secukup rasa)
  • 2 sudu cili tumbuk
  • 3 keping keju
  • Garam (secukup rasa)
  • Gula (secukup rasa)
  • Serbuk perasa (secukup rasa)
  • Kulit popia

Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian tumis bawang holland dan bawang putih hingga mengeluarkan aroma.
  2. Masukkan daging cincang dan masak hingga daging berubah warna dan agak garing.
  3. Tambah lobak merah dan masak sehingga agak lembut.
  4. Sertakan cili tumbuk dan kacau rata, biarkan masak selama beberapa minit.
  5. Masukkan lada hitam, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
  6. Setelah inti masak, masukkan kepingan keju dan biarkan ia cair bersama bahan lain.
  7. Kacau rata dan masak hingga garing.
  8. Ambil kulit popia, letakkan inti di tengah, kemudian gulung dan rapatkan tepi kulit popia.
  9. Popia daging sedia untuk digoreng.

Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Gee Norizah

Baca juga: Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!



Source link

Scroll to Top