Jika anda teringin menikmati mee hailam dengan kuah yang kaya dan lezat, cubalah resepi mee hailam yang mudah ini. Bahan-bahannya senang dicari, pasti ada di dapur anda dan cara penyediaannya pun tidak memakan waktu yang lama.
Resepi ini hanya perlu mencampakkan sahaja, dalam 5 minit sahaja semuanya sudah siap untuk dimakan. Namun, hasilnya tetap hebat! Sangat sesuai untuk hidangan tengah hari ataupun malam yang cepat tapi penuh citarasa.
Baca juga: Resipi Mi Goreng Guna Bahan Yang Tersedia Di Rumah, Rasa Tetap Menggoda!
MEE HAILAM RESIPI MUDAH DAN MENARIK
Bahan A:
- 500g mi kuning (rendam seketika dalam air panas, kemudian toskan)
- Bawang putih (dihiris halus)
- Bawang holland (dihiris kasar)
- Sayur: kobis, lobak merah, brokoli
- Cili padi (masukkan sebiji untuk rasa pedas yang menyengat)
- Udang secukupnya
- Isi ayam secukupnya
- 3 biji telur
Bahan B:
Cara penyediaan:
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.
- Masukkan isi ayam, gaul sehingga separuh masak.
- Tambahkan udang, kacau hingga berubah warna dan sedikit garing.
- Masukkan kicap lemak manis, sos cili dan sos tiram. Gaul rata.
- Tuangkan sedikit air, biarkan mendidih.
- Masukkan sayur-sayuran dan teruskan reneh hingga sedikit layu.
- Tambahkan cili padi sebiji untuk rasa pedas.
- Pecahkan telur ke dalam kuah, kacau perlahan.
- Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
- Biarkan mendidih sekejap, kemudian matikan api.
- Tutup periuk dan biarkan selama 5 minit supaya kuah sebati dengan bahan.
Mee hailam sudah siap untuk dihidangkan! Nikmati dalam keadaan panas untuk rasa yang lebih mantap.
Sumber: Nora Arif
Baca juga: Resipi Mi Kuah Padu, Cara Penyediaan Ringkas Tapi Rasa Tak Mengecewakan!