Ingin menyiapkan hidangan yang lezat, garing di luar tetapi lembut berjus di dalam? Ini adalah saat yang tepat untuk anda mencuba resepi Ayam Goreng Mamak. Aromanya yang menyelerakan boleh tercium hingga depan rumah!
Rahsia kelazatan dalam Ayam Goreng Mamak ini sebenarnya terletak pada ramuan perapan yang telah sebati dengan baik. Jadi, tidak menghairankan ia sentiasa menjadi pilihan ramai di kedai mamak.
Qhamcyahh Hidayat telah berkongsi resepi Ayam Goreng Mamak di Facebook yang pasti akan membuatkan anda dan seisi keluarga teringin menikmatinya. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Buat Nasi Kandar Mudah Di Rumah, Pasti Sedap Seperti Di Kedai!
RESEPI AYAM GORENG MAMAK
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam
- 6 sudu makan tepung jagung
- 6 sudu makan tepung beras
- 3 tangkai daun kari
Bahan kisar:
- 6 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 5 tangkai cili kering
- 2 sudu makan rempah kari
- 1 biji telur
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan serbuk lada sulah
Cara-cara memasak:
1. Pertama, perap ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari sekurang-kurangnya 1 jam. Lagi lama anda perap, lagi pekat rasanya.
2. Kemudian, panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam sehingga masak, rangup dan beraroma harum.
3. Akhir sekali, angkat dan toskan minyak. Siap untuk dihidangkan!
Selepas ini, anda boleh meraikan sendiri di rumah. Makan dengan nasi putih yang panas pun sudah memadai. Untuk memanaskan semula, tiada masalah, rasa rangup itu tetap terjaga.
Selamat mencuba!
Sumber: Qhamcyahh Hidayat
Baca juga: Resepi Kari Ayam Mamak Tanpa Santan, Ada Cara Tumis Bagi Rasa Lebih Mantap!