Kek Limau Mandarin blender: Keajaiban Gebu yang Memikat!


resepi kek limau mandarin

Baru-baru ini, saya menerima sekotak limau mandarin untuk meraikan Tahun Baru Cina, tetapi tidak tahu apa cara terbaik untuk menghabiskannya. Jika itu masalahnya, mari kita buat resepi Kek Limau Mandarin ini.

Menjelang perayaan Tahun Baru Cina, sudah pasti ramai yang akan menerima limau mandarin daripada teman, rakan sekerja, atau jiran tetangga sebagai satu tradisi dalam masyarakat Cina di Malaysia.

No Ha Za telah berkongsi resepi Kek Limau Mandarin yang menarik di Facebook, hanya menggunakan blender, tetapi hasilnya tetap sangat gebu. Mari kita mencubanya!

Baca juga: Cara Membuat Kek Oren Tanpa Mentega, Rasanya Cukup Klasik

RESEPI KEK LIMAU MANDARIN

resepi kek limau mandarin

Bahan A:

  • 3 telur gred B
  • 200 gram atau 1 cawan minyak
  • 200 gram atau 1 cawan gula
  • 2 sudu besar sunquick orange (pilihan)
  • 200 gram atau 2 biji potongan limau mandarin (buang biji dan kulit)

Bahan B:

  • 250 gram atau 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1½ sudu teh baking powder
  • ½ sudu teh garam

Langkah-langkah penyediaan:

1. Pertama sekali, ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat, baking powder dan garam.

2. Kemudian, masukkan bahan A ke dalam blender mengikut urutan (telur, minyak, gula, limau mandarin, sunquick orange).

3. Kisar selama 3 hingga 4 minit atau sehingga adunan kelihatan gebu.

4. Seterusnya, campurkan ke dalam bekas bahan B yang sudah diayak dan kaup balik sehingga rata.

5. Jika mahu, boleh hiaskan bahagian atas kek dengan ceri merah.

6. Terakhir, bakar pada suhu 170ºC selama 35 minit atau sehingga masak (suhu dan masa bergantung kepada jenis oven). Setelah siap, potong dan sedia untuk dinikmati!

resepi kek limau mandarin

Kredit Gambar: timolina dari Freepik

Selain menggunakan loyang biasa, anda juga boleh memilih jenis loyang berongga yang direka khas untuk dibakar di atas dapur gas, dengan menggunakan api kecil selama 30 minit sehingga kek masak.

Enggan membuang limau mandarin kerana khuatir ia busuk atau masam? Mudah sahaja, anda hanya perlu mencuba resepi Kek Limau Mandarin yang sedap dan praktikal ini di rumah.

Selamat mencuba!

Kredit gambar muka depan: Facebook No Ha Za, stockking dari Freepik

Sumber: No Ha Za

Baca juga: Kek Oren Kampung, Aroma Klasik yang Membuatkan Kita Teringat Dapur Nenek



Source link

Scroll to Top