Resepi cucur udang daripada mak-mak ini pasti digemari ramai kerana setiap suapan mengingatkan kembali kepada nostalgia. Seperti cara orang zaman dahulu.
Resipi ini bukan sahaja lazat dan rangup, tetapi juga menghasilkan cucur udang yang tidak kering, rangup di luar dan lembut di dalamnya.
Ayo kita pelajari resipi lengkap yang dikongsi oleh Puan Yatie Kitchen di bawah.
Baca juga: Rahsia Membuat Ikan Bilis Lembut Tanpa Telur dan Air Panas – Pasti Teruja!
CUCUR UDANG RESEPI MAK-MAK
Bahan-bahan:
- 3 cawan tepung gandum
- ½ cawan tepung beras
- 1 biji bawang besar (dihiris)
- 1 tangkai cili merah (dihiris)
- Daun kucai (dihiris)
- Taugeh secukupnya
- Udang secukupnya
- 1 biji telur
- 1 biji kentang (dipotong dadu)
- Perasa cendawan (mushroom seasoning)
- Garam secukup rasa
Cara-cara:
- Gabungkan semua bahan dalam satu bekas.
- Bancuh dengan tiga jenis air: 1 cawan air panas, 1 cawan air sejuk dan 1 cawan air biasa.
- Gaul hingga rata dan pastikan adunan tidak terlalu cair atau pekat.
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Ambil sesudu adunan dan goreng hingga keemasan.
- Angkat dan tos minyaknya.
Tips:
- Untuk cucur yang lembut: Masukkan kentang ke dalam adunan.
- Untuk cucur yang rangup di luar: Gunakan tepung beras.
Sumber resipi dan gambar: Yatiekitcken
Baca juga: Rahsia Membuat Ikan Bilis Lembut Tanpa Telur dan Air Panas – Pasti Teruja!