“Tanpa Sijil Halal: Kenapa Anda Harus Elakkan Pork dan Lard!”


no pork no lard

Pernahkah anda perhatikan beberapa restoran menggunakan frasa “Mesra Muslim” atau “Tiada Khinzir, Tiada Lard”, walaupun sebenarnya mereka tidak memilikinya Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM)?

Sebenarnya, penggunaan frasa seperti ini adalah dilarang kerana boleh menyebabkan kekeliruan kepada pelanggan. Malahan, di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, ia juga dianggap sebagai satu kesalahan.

Baru-baru ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga telah menjelaskan perkara ini melalui satu video yang mereka kongsikan.

“Mesra Muslim dan tiada khinzir, tiada lard adalah sama sekali tidak dibenarkan untuk bukan pemegang SPHM.

“Istilah-istilah ini memberikan ilustrasi bahawa makanan atau perkhidmatan tersebut telah mematuhi piawaian halal. Walau bagaimanapun, tanpa sijil sah daripada pihak berkuasa, tiada jaminan bahawa produk atau perkhidmatan ini memenuhi keperluan halal. Sebagai contoh, dari segi bahan mentah, pengolahan dan juga kebersihan,” ujarnya.

Baca juga: Ini Sebab Perlu Berhati-hati Makan Jeruk Mangga, Ada Ibu Gula Jadi ‘Racun’ Senyap Dalam Badan

HANYA PEMEGANG SIJIL HALAL DIBENARKAN GUNAKAN ISTILAH “TIADA KHINZIR, TIADA LARD”

Dalam video tersebut, JAIS juga menjelaskan bahawa Akta Perihal Dagangan 2011 melarang penggunaan sebarang istilah atau label yang berpotensi mengelirukan pengguna. Hanya premis yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sahaja dibenarkan menggunakan istilah tersebut.

“Istilah tiada khinzir, tiada lard mencerminkan ketiadaan khinzir dalam suatu produk atau makanan tetapi tidak menekankan bahan-bahan lain seperti alkohol, pencemaran silang atau gelatin yang tidak halal.

“Oleh itu, istilah-istilah ini adalah disalahgunakan jika bukan pemegang SPHM kerana ia boleh mencipta kekeliruan dan juga melanggar undang-undang,” ujarnya lagi.

Dengan itu, umat Islam disarankan untuk sentiasa memeriksa status halal sesuatu premis atau produk terlebih dahulu sebelum membuat pembelian atau menikmatinya.

Sumber: Facebook Jabatan Agama Islam Selangor

Baca juga: “Along Dah Tak Ada” – Bapa Berkongsi Kisah Sedih Anak Meninggal Lepas Minum Air Tin Tak Basuh



Pautan sumber

Scroll to Top