Jika anda menggemari kek yang mudah tetapi lembut dan hunus, pastikan anda mencuba Kek Minyak Pelangi ini. Bahan-bahannya juga sangat ringkas, tidak perlu menggunakan pengadun mahal pun untuk mendapatkan hasil yang bagus.
Yang paling menarik, anak-anak pasti akan suka kerana ia mempunyai warna-warna pelangi yang sangat menarik.
Baca juga: Rahsia Mencipta Kek Pandan Marble Yang Harum Dan Lembut, Sangat Mudah Untuk Dikerjakan!
RESEPI KEK MINYAK PELANGI
Bahan-bahan:
- ½ cawan (125g) gula kastor
- 5 biji telur
- 1 sudu besar ovalette
- 1 cawan (250g) susu pekat manis
- 1 cawan minyak masak
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- Sebit esen vanila
- Pewarna makanan (mengikut berapa banyak warna yang anda inginkan)
Cara-cara:
- Putar telur, gula kastor, dan ovalette sehingga kembang.
- Tambahkan susu pekat dan esen vanila. Putar sekali lagi hingga semua bahan bercampur rata.
- Tuangkan minyak dan kacau sehingga merata.
- Ayak tepung gandum bersama baking powder. Masukkan ke dalam campuran, putar hingga halus, gebu dan kembang.
- Pisahkan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian tambahkan pewarna pilihan.
- Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega, susun secara berlapis mengikut warna yang anda inginkan.
- Bakar dalam oven (api atas dan bawah) pada suhu 160°C selama 50 minit.
- Setelah masak, segera terbalikkan loyang di atas redai. Biarkan sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.
Tip tambahan:
- Untuk hasil yang lebih gebu, pastikan adunan diputar hingga benar-benar kembang.
- Elakkan dari mengacau terlalu lama selepas menambah tepung supaya kek tidak menjadi bantat.
- Boleh menggunakan antara 3 hingga 7 warna, sesuai dengan kreativiti anda. Lagi banyak warna, lagi menarik hasilnya!
Sumber: Cik Tee Tieram
Baca juga: Resipi Kek Batik Ringkas Mengikut Cara Tradisional, Hanya Menggunakan 5 Bahan Tapi Rasanya Sangat Sedap!