Crispy Tofu Delight: A Tasty Way to Win Over Picky Eaters!


tauhu goreng crispy

Sesetengah kanak-kanak rewel apabila dihidangkan sayur, dan inilah yang menjadi masalah bagi para ibu di zaman sekarang. Jangan bimbang, anda boleh membuat mereka jatuh cinta pada sayur dengan Tauhu Goreng Crispy ini.

Banyak pilihan snek, tetapi salah satu yang paling mudah disediakan, jimat belanja, dan pasti menjadi kesukaan ialah Tauhu Goreng Crispy. Sekali menggigit, pasti ingin mencuba lagi.

Resipi yang dikongsikan oleh Hi Ariyani di Facebook ini sempurna untuk anda yang gemarkan kudapan ringkas tetapi memuaskan. Luaran yang garing dan renyah, sementara isi di dalamnya masih lembut.

Baca juga: Cara Menyimpan Tauhu Agar Tahan Lama & Tidak Cepat Busuk, Segar Seperti Baru Beli!

RESIPI TAUHU GORENG CRISPY

tauhu goreng crispy

Bahan-bahan:

  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung beras
  • 3 sudu makan tepung goreng serbaguna
  • 5 biji bawang putih (dicincang)
  • Tauhu (dipotong dadu)
  • Serbuk roti secukupnya

Langkah-langkah memasak:

1. Pertama, potong tauhu menjadi dadu dan toskan airnya.

2. Kemudian, gaul rata bersama tepung gandum, tepung beras, tepung goreng serbaguna, dan bawang putih yang dicincang.

3. Sebelum menggoreng, lumurkan tauhu yang sudah disalut tepung dengan serbuk roti.

4. Selanjutnya, panaskan minyak, goreng sehingga ia keemasan dan rangup.

5. Akhir sekali, angkat dan toskan minyak. Siap untuk dihidangkan!

Tauhu Goreng Crispy bukan sahaja boleh dinikmati sendiri, malah sedap juga dicicah dengan sos cili dan mayonis. Selain itu, ia sesuai bagi kanak-kanak yang rewel tentang sayur.

Selamat mencuba!

Sumber: Hi Ariyani

Baca juga: Tauhu Kuning Goreng Masin, Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam!



Source link

Scroll to Top