Spaghetti Carbonara Tanpa Keju: Resipi Jimat yang Menggoda Selera!


kuah spaghetti carbonara

Ramai individu menggemari masakan barat seperti spageti carbonara. Namun, dengan harga bahan yang tidak stabil, membeli sos segera terasa agak membebankan. Sebenarnya, anda boleh menyediakan sendiri kuah spaghetti carbonara di rumah.

Resipi ini memanfaatkan bahan yang lebih ekonomi, mudah dan enak. Walaupun tanpa keju atau sos segera, rasanya tetap berkrim dan pasti disukai oleh anak-anak.

Baca juga: Resipi Spageti Aglio Olio Cheese, Cara Paling Mudah tetapi Sangat Sedap!

CARA MEMBUAT KUAH SPAGHETTI CARBONARA EKONOMI TANPA KEJU

kuah spaghetti carbonara

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar bawang putih kisar/cincang
  • ½ sudu besar bawang merah kisar
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu besar marjerin/mentega
  • ½ sudu kecil lada hitam
  • 1 potong dada ayam lebih kurang segenggam (dipotong dadu)
  • 1 sudu besar tepung jagung/gandum (dibancuh dengan sedikit air)
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak masak untuk menumis

Cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta bawang merah hingga wangi dan keperangan.
  2. Masukkan ayam dadu dan goreng hingga masak sepenuhnya.
  3. Tambahkan marjerin, lada hitam dan sedikit garam. Gaul rata.
  4. Tuangkan susu cair, kacau hingga rata. Anda boleh menambah sedikit garam, gula atau perasa jika mahu.
  5. Apabila kuah mula mendidih, masukkan bancuhan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga kuah mencapai ketebalan yang diingini.
  6. Setelah kuah mendidih dengan baik, tutup api.

Sumber: Aisyah Ibrahim

Baca juga: Resipi Spageti Tomyam Udang Creamy, Gabungan Rasa Pedas & Masam yang Wajib Cubanya!



Source link

Scroll to Top