Misteri Kod Nombor pada Botol dan Paket Minyak Masak: Apa yang Perlu Anda Tahu!


minyak masak paket

Banyak yang percaya minyak masak paket dan minyak masak dalam botol adalah sama, hanya berbeza pada pembungkusannya. Sebenarnya, terdapat perbezaan yang banyak orang tidak sedar.

Jika diperhatikan, pada botol atau paket minyak masak terdapat nombor kod dalam bulatan. Nombor ini menggambarkan gred dan kualiti minyak tersebut.

Maka, kita tidak boleh menganggap semua minyak masak adalah serupa. Ada kod tertentu yang lebih ideal untuk memasak. Ada juga jenis yang lebih baik digunakan pada suhu yang rendah.

Baca juga: Petua Telur Rebus Licin Sempurna, Ikuti Tips Ini Barulah Mudah Nak Kupas!

Maksud Kod Nombor Pada Minyak Masak Paket Dan Botol

minyak masak paket

Jom kita semak makna nombor kod pada minyak masak di bawah:

CP6 – Minyak masak lebih sihat kerana mengandungi vitamin E dan tocotrienols. Kurang berbuih, makanan juga lebih sedap. Sesuai untuk digunakan dalam salad dressing atau masakan pada suhu rendah.

CP7 – Mengandungi asid lemak yang lebih tinggi. Minyak akan berbuih dengan mudah dan makanan cepat menyerap minyak. Sesuai untuk menggoreng dan memasak.

CP8 – Minyak cepat berbuih dan mudah bertukar menjadi hitam. Tidak sesuai untuk digunakan berulang kali.

CP10 – Minyak paket gred rendah, cepat berkeladak dan kurang berkualiti. Sebab itu, minyak paket dijual pada harga yang lebih murah kerana memperoleh subsidi.

Tips untuk menggunakan minyak masak dengan cara yang betul:

  • Elakkan daripada menggunakan minyak berulang kali, terutama jika minyak telah berubah warna.
  • Hindari menggunakan minyak yang mengeluarkan banyak asap ketika dipanaskan.
  • Jika minyak sudah menjadi likat atau berkeladak, lebih baik dibuang.
  • Minyak yang digunakan untuk menggoreng makanan berdarah (seperti ayam, daging, ikan) sebaiknya hanya digunakan sekali. Ini kerana darah boleh meningkatkan kandungan karbon dan mengubah struktur asid lemak dalam minyak.

Jangan Buang Minyak Terpakai!

Jika terdapat minyak terpakai yang banyak, jangan terus buang ke dalam sinki. Kumpulkan minyak tersebut kerana ia boleh dijual semula pada harga sekitar RM3.20++ sekilo. Minyak masak yang dikitar semula ini digunakan untuk menghasilkan biodiesel. Jadi, tiada rasa membazir walaupun hanya digunakan sekali sahaja.

Sumber: Safura Zakaria

Baca juga: Mata Blender Tumpul? Cuba Tip Mudah Ini, Hasilnya Tajam Seperti Baru!



Sumber pautan

Scroll to Top