“Mi Kari Ekspres: Nikmati Rasa Pekat Dalam Hanya Beberapa Langkah!”


resipi mi kari ekspres

Saat sedang santai, tiba-tiba ibu mentua menelefon memberitahu bahawa dia on the way ke rumah. Apa lagi, panik tak sempat masak. Mujurlah ada resipi mi kari ekspres ini.

Walaupun cepat dan ringkas, ia tetap menyajikan rasa yang begitu lezat. Ditambah lagi, dengan kelengkapan tumisan 4 sekawan, kuah yang pekat dan cukup rasa menjadikan ibu mentua berasa bangga dan memuji!

Ayuh lihat resipi lengkap di bawah ini.

Baca lagi: Ini Rahsia Cara Memasak Air Gula Yang Pekat & Wangi, Sesuai Untuk Kenduri Atau Perniagaan!

RESIPI MI KARI EKSPRES

Bahan-bahan:

  • 500g ayam, dipotong kecil (masukkan juga kaki ayam untuk rasa tambahan, jika ada)
  • 4 keping tauhu goreng, dipotong sederhana
  • Fishball atau fishcakes (ikut pilihan)
  • 3 ulas bawang putih, 2 biji bawang merah, sedikit halia, dan 1 sudu besar udang kering (dikisar halus)
  • 1 biji bawang merah dan sedikit halia (diiris nipis)
  • 4 sudu besar rempah kari
  • Rempah 4 sekawan (1 bunga lawang, 1 kulit kayu manis, 1 biji buah pelaga, dan 1 bunga cengkih)
  • 1 tangkai daun kari
  • 200 ml santan pekat
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

1.  Panaskan minyak dalam periuk dan tumis rempah 4 sekawan bersama hirisan bawang, halia, dan daun kari. Biarkan sehingga tumisan mengeluarkan aroma wangi.

2.  Gabungkan bahan kisar dengan rempah kari dan tumis dalam periuk sehingga rempah matang sepenuhnya.

3. Masukkan ayam dan kacau seketika hingga ayam tercampur rata dengan rempah.

4.  Tuangkan air secukupnya untuk mencapai kepekatan kuah yang diinginkan, masukkan juga santan pekat.

5. Sertakan fishball dan tauhu goreng. Biarkan kuah mendidih dan ayam serta bahan-bahan lain masak dengan baik.

6. Tambahkan garam secukup rasa dan sesuaikan kepekatan kuah. Mi kari biasanya agak lebih cair berbanding kari biasa.

7. Ketika kari mendidih, rebus telur dan celur sawi untuk hiasan. Masak juga air panas untuk merendam mi kuning sekejap.

8. Letakkan mi yang telah dicelur dalam mangkuk, tuang kuah kari di atasnya. Hiaskan dengan hirisan cili merah, limau, telur rebus, dan sawi yang telah dicelur.

Sumber: Wan Erni Suria

Baca lagi: Resipi Sup Ayam Kuah Jernih & Tak Keruh, Rasa Pun ‘Clean’ Je!



Sumber pautan

Scroll to Top