Dahulu, resipi Apam Santan sering digunakan untuk kenduri atau acara kerana penampilannya yang meriah dan mudah dinikmati. Kini, buat untuk sarapan atau minum petang pun sangat sesuai.
Jika ingin mencuba di rumah, boleh ikut resipi Apam Santan yang telah dikongsi oleh Sharifah Mariam Syed Mohd di Facebook. Prosesnya mudah dan hasilnya sangat gebu. Ayuh kita cuba!
Baca juga: Apam Susu Kukus Berwarna-warni Lembut & Gebu, Sesuai Untuk Minum Petang!
RESEPI APAM SANTAN WARNA-WARNI
Bahan-bahan:
- 3 biji telur
- 1 cawan gula
- 1 sudu besar ovalette
- 2 cawan tepung kek atau tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 200ml santan kotak (kotak kecil)
- 3 jenis pewarna makanan (ikut pilihan)
Cara-cara penyediaan:
1. Pertama, masukkan telur, gula, dan ovalette, kemudian pukul hingga kembang.
2. Selepas itu, masukkan baking powder dan esen vanilla.
3. Kemudian, masukkan santan berselang-seli dengan tepung.
4. Seterusnya, pukul sehingga semuanya rata.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan masukkan warna pilihan.
6. Setelah itu, tuangkan ke dalam acuan.
7. Akhir sekali, kukus selama 10 minit. Siap untuk dihidangkan!
Proses membuat Apam Santan ini tidak sukar. Dengan hanya menggunakan santan, tepung, telur, dan sedikit pewarna makanan, anda sudah boleh menghasilkan apam yang cantik seperti yang dihidangkan di majlis.
Selamat mencuba!
Sumber: Sharifah Mariam Syed Mohd
Baca juga: Wanita Kongsi Resipi Apam Nasi Turun-Temurun Dari Ibu, Lembut & Gebu Hasilnya!