Untuk anda yang ingin menyajikan hidangan penutup yang ringkas dan lazat di rumah, boleh mencuba resepi Puding Kastard Jagung ini. Hidangkan sejuk-sejuk, badan pun terasa segar.
Yang paling menarik, cara membuat Puding Kastard Jagung ini sangat mudah. Tiada bahan-bahan yang rumit, hanya dengan 5 komponen asas yang mudah didapati di dapur atau boleh dicari di kedai runcit.
Untuk hasil yang lebih enak, ikuti sahaja resepi Puding Kastard Jagung oleh Nadirah Mahamad di Facebook, yang mudah dan sesuai untuk dijadikan pencuci mulut bersama keluarga.
Baca juga: Resepi Puding Jagung Cincau, Dapatkan Hasil Berkilat Dan Tidak Lembik Dengan Tambahkan ‘Ini’
RESEPI PUDING KASTARD JAGUNG
Bahan-bahan:
- 1 tin jagung krimer manis
- 1 tin susu cair
- 3 cawan air
- 1 cawan tepung kastard
- 1 cawan gula
Cara-cara penyediaan:
1. Pertama, gabungkan semua bahan ke dalam periuk dan adun hingga rata.
2. Selepas itu, masak di atas api sederhana, sambil kacau tanpa henti.
3. Kemudian, teruskan mengacau sehingga campuran menjadi pekat dan likat.
4. Seterusnya, tuangkan ke dalam acuan pilihan anda.
5. Akhir sekali, sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan. Siap untuk dinikmati!
Perhatikan betapa mudahnya cara membuat Puding Kastard Jagung ini. Hanya dengan lima bahan asas, anda dapat mencipta pencuci mulut yang lembut, manis, dan menyegarkan.
Selamat mencuba!
Sumber: Nadirah Mahamad
Baca juga: Resepi Puding Tiramisu Kastard, Lembut Berkrim Sampai Melekat Di Hati