Jika tidak mempunyai idea untuk masak pada waktu malam, boleh cuba resipi nasi goreng ekspres ini. Proses penyediannya sangat pantas, hanya masukkan apa sahaja bahan yang ada di dapur. Seketika, siap satu hidangan yang lazat dan menyelerakan.
Resipi ini bukan sahaja mudah, malah rasanya pasti memenuhi selera semua anggota keluarga. Rasanya tidak terlalu pedas, jadi sangat sesuai untuk anak-anak yang gemar makan nasi goreng.
Baca juga: Resipi Nasi Goreng Tradisional, Tanpa Sebarang Sos Pun Masih Sedap!
RESIPI NASI GORENG EKSPRES
Bahan-bahan:
- 1 ulas bawang putih (dihiris)
- 1 biji bawang merah sederhana (dihiris)
- 1 sudu besar cili kisar (jika mahu lebih pedas)
- Isi ayam secukupnya
- 3 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap soya
- 1 sudu besar serbuk lada sulah
- Garam, gula dan serbuk perasa cendawan secukup rasa
- Sayur pak choy dan lobak merah (dihiris)
Cara penyediaan:
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga berubah warna keemasan.
- Tambahkan cili kisar (jika menggunakan) dan tumis lagi hingga terbit aroma wangi.
- Masukkan isi ayam, kacau rata sehingga ayam masak separuh.
- Tambah sos tiram dan kicap soya. Kacau hingga sebati.
- Masukkan nasi, kemudian perasakan dengan serbuk lada sulah, garam, gula dan serbuk perasa cendawan. Kacau rata hingga semua bahan bercampur.
- Terakhir, masukkan sayur pak choy dan lobak merah. Kacau sekejap dan biarkan nasi berasap.
- Sedia untuk dihidangkan.
Sumber: Aisyah Humaira
Baca juga: Nasi Goreng Mudah Tanpa Perencah Segera, Makan Sampai Bertambah Pinggan!