Hidangan kuey teow sering menjadi pilihan bagi mereka yang gemar mengunjungi kedai makanan Thai dan ia membuatkan ramai ingin tahu cara masak Kuey Teow Kungfu yang lazat.
Kuey Teow Kungfu juga dikenali sebagai kuey teow hong kong, yang berbeza daripada kuey teow goreng kerana ia digoreng bersama telur dan menjadi lebih rangup bila dimakan.
Kali ini, kami ingin menunjukkan cara masak Kuey Teow Kungfu yang enak menurut resipi yang dikongsikan oleh Rozmaliza Omar di Facebook ini. Mari kita cuba!
Baca juga: Kuey Teow Ladna Dengan 4 Langkah Mudah, Pasti Menggugah Selera!
CARA MASAK KUEY TEOW KUNGFU
Bahan-bahan untuk kuey teow:
- 500gm kuey teow atau 3 keping yee mee
- 3 biji telur
- Sedikit lada sulah
Bahan-bahan untuk kuah:
- 3 hingga 4 ulas bawang putih (diketuk)
- 1 mangkuk isi ayam
- 5 ekor udang
- 3 ekor sotong
- 1 batang lobak merah (dihiris)
- 2 pohon sayur sawi
- 1 mangkuk bunga kubis
- 1 sudu kecil lada sulah
- 1½ sudu besar tepung jagung (campur sedikit air)
- 1 kiub ayam
- 4 cawan air (anggaran)
Cara-cara menyediakan kuey teow:
1. Pertama, panaskan sedikit minyak.
2. Kemudian, pukul sebiji telur bersama lada sulah sehingga rata.
3. Lepas itu, masukkan kuey teow dan gaul rata.
4. Goreng sehingga rangup, kemudian angkat dan ketepikan terlebih dahulu.
Cara-cara menyediakan kuah:
1. Pertama, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga keemasan.
2. Selepas itu, masukkan isi ayam dan gaul sehingga rata. Tuang air dan biarkan kuah mendidih, kemudian tambahkan sotong dan udang.
3. Setelah mendidih, masukkan bunga kubis, lobak merah dan sayur sawi.
4. Seterusnya, masukkan kiub pati ayam dan garam secukupnya.
5. Kemudian, tuangkan campuran tepung jagung dan masak sehingga kuah pekat.
6. Akhir sekali, curahkan kuah ke atas kuey teow yang telah digoreng tadi. Taburkan bawang goreng, jika suka. Siap untuk disajikan!
Selain menggunakan kuey teow untuk menyediakan Kuey Teow Kungfu ini, anda juga boleh menggantikannya dengan yee mee untuk merasai kelainan dari semasa ke semasa.
Setelah memasak Kuey Teow Kungfu ini, anda boleh menyajikannya bersama kicap cili potong untuk menambah lagi kelezatannya.
Selamat mencuba!
Sumber: Rozmaliza Omar
Baca juga: Resipi Kuey Teow Thng Yang Lazat, Makin Berselera Hirup Kuahnya