Ayam Goreng Kunyit: Hidangan Lezat yang Mudah Disiapkan Seperti di Restoran!


ayam goreng kunyit mudah

Jika anda mencari inspirasi hidangan untuk makan tengah hari atau malam, anda tidak perlu merasa terbeban untuk memikirkan banyak perkara. Siapkan sahaja Ayam Goreng Kunyit yang mudah ini, pasti anda akan menikmatinya dengan berselera.

Bukan hanya sesuai sebagai hidangan harian di rumah, tetapi jika ingin menjadikannya bekal untuk ke tempat kerja juga boleh. Tambahan lagi, hidangan ini lazimnya dimasak bersama sayur campur.

Cubalah resipi Ayam Goreng Kunyit mudah oleh Mhdr Nina di Facebook ini. Setelah melihat hasilnya, pasti anda akan merasakannya seolah masakan dari kedai. Mari kita coba!

Baca juga: Resepi Ayam Goreng Mamak Rangup Berempah, Sekali Makan Confirm Tak Cukup Seketul!

RESIPI AYAM GORENG KUNYIT MUDAH

ayam goreng kunyit mudah

Bahan-bahan:

  • 2 ketul dada ayam (dipotong kecil)
  • 1 sudu besar tepung gandum (boleh tambah 1 sudu lagi jika ingin lebih garing)
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • Lada merah (dihiris halus)
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu kecil garam
  • Lobak merah
  • 1 biji bawang merah (dihiris tebal)
  • 1 inci halia (dihiris halus)
  • Kubis bunga
  • Kacang panjang

Cara-cara memasak:

1. Pertama sekali, campurkan tepung, garam, serbuk kunyit dan serbuk kari ke dalam ayam yang telah dipotong kecil, kemudian gaul rata.

2. Selepas itu, panaskan minyak dan goreng ayam. Jika ayam melekat, biarkan sebentar hingga garing sebelum terbalikkan.

3. Goreng sehingga ayam garing, kemudian masukkan sayur keras terlebih dahulu seperti lobak merah dan bunga kobis.

4. Kemudian, masukkan bahan lain yang tinggal.

5. Akhir sekali, goreng sehingga semuanya masak, angkat dan toskan minyaknya.

Ayam Goreng Kunyit yang mudah ini amat sedap dinikmati bersama nasi panas dan sambal belacan. Jika ada kicap dan telur dadar, lagi nikmatlah rasanya.

Selamat mencuba!

Sumber: Mhdr Nina

Baca juga: Ayam Goreng Kunyit Simple Guna Air Fryer, Confirm Makan Sampai Jilat Jari!



Source link

Scroll to Top