Siapa yang gemar masakan berempah, pasti setuju jika dikatakan cili padi merupakan bahan utama dalam hidangan. Sebenarnya, terdapat kaedah menyimpan cili padi agar dapat bertahan lama dalam jangka waktu bertahun-tahun.
Untuk membuat sambal belacan, masak lemak, tumis air, atau sekadar mencicah dengan kicap, cili padi memang menjadi bahan yang perlu ada di dapur. Masalahnya, jika dibeli banyak dalam satu masa, ia akan cepat mengecut.
Ramai yang memilih untuk membekukan atau menyimpannya dalam bekas kedap udara, namun tetap tidak tahan lama. Yang paling mengecewakan, melihat cili yang sudah lembik, hitam, atau berkulat.
Perkongsian oleh Mazeline Soning di Facebook mengenai cara menyimpan cili padi ini amat menarik. Bukan hanya dapat bertahan berbulan-bulan, malah ada yang hingga bertahun. Mari kita lihat langkah-langkahnya!
Baca juga: Cara Simpan Tauhu Tahan Lama & Tak Mudah Masam, Segar Seperti Baru Beli!
CARA MENYIMPAN CILI PADI
1. Pertama-tama, cuci cili padi menggunakan air bersih, lalu toskan.
2. Kemudian, buka hujung cili agar bahan perap dapat meresap dengan baik.
3. Selepas itu, taburkan garam dan gula secukupnya.
4. Seterusnya, biarkan cili pada suhu bilik selama 12 hingga 24 jam.
5. Setelah cukup waktu, tuangkan cuka masakan hingga cili tenggelam sepenuhnya.
6. Lepas itu, simpan dalam peti sejuk.
7. Apabila ingin menggunakannya, ambil mengikut keperluan. Hasilnya pasti pedas, segar dan sedap.
Dengan mengikuti petua ini, anda tidak perlu khuatir cili padi cepat rosak lagi. Yang paling menggembirakan, bila-bila masa ingin memasak, pasti ada stok cili padi yang segar di dapur.
Semoga informasi ini berguna!
Sumber: Mazeline Soning
Baca juga: Cara Simpan Cili Kisar Supaya Tahan Lama, Jimat Untuk Dimasak!