Ayam Bakar Istimewa: Resipi Mewah untuk Wrap, Sandwich dan Salad!


cara perap ayam bakar

Teknik yang tepat diperlukan untuk menghasilkan ayam bakar yang lezat. Jika ingin menggunakan dalam sandwic, wrap, atau salad, disarankan untuk memilih bahagian dada ayam kerana ia tanpa tulang dan mudah untuk dimakan.

Untuk kemudahan, anda boleh menyediakan stok ayam bakar dalam jumlah yang banyak dan menyimpannya di dalam peti sejuk. Apabila perlu, hanya hiris dan panaskan saja.

Ayuh semak resipi lengkap di bawah untuk mengetahui bahan-bahan yang diperlukan serta langkah-langkah penyediaannya.

Baca juga: Resipi Sosej Ayam Buatan Sendiri, Bila Gigit Lembut Elok & Tak Kenyal

CARA PERAP AYAM BAKAR SEDAP

cara perap ayam bakar

Bahan-bahan:

  • Dada ayam (jumlah sesuai mengikut keperluan)
  • Serbuk paprika
  • Serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk bawang (onion powder)
  • Serbuk bawang putih (garlic powder)
  • Herba campuran
  • Minyak zaitun (olive oil)

Langkah-langkah:

  1. Bersihkan dada ayam dan potong mengikut saiz yang sesuai untuk dibakar.
  2. Dalam sebuah mangkuk, gabungkan paprika, lada hitam, garam, serbuk bawang, serbuk bawang putih, dan herba campuran. Gaul rata semua bahan ini.
  3. Lumurkan campuran rempah ini ke seluruh permukaan dada ayam. Pastikan ayam diselaputi secukupnya dengan rempah.
  4. Seterusnya, tambah minyak zaitun untuk menjadikan ayam lebih lembut dan berperisa. Gaul hingga rata.
  5. Panaskan pemanggang atau grill, kemudian bakar ayam pada suhu sederhana sehingga masak sepenuhnya (lebih kurang 7-10 minit setiap sisi, bergantung kepada ketebalan dada ayam).
  6. Apabila ayam sudah masak, angkat dan biarkan sejuk sejenak sebelum menyimpannya dalam peti sejuk.
  7. Ayam bakar ini boleh disimpan dalam peti sejuk dan digunakan bila-bila masa. Sebelum dihidangkan, hiris nipis dan nikmati dengan sandwic, wrap atau caesar salad.

Sumber: Ibah Abdullah

Baca juga: Resipi Ayam Panggang Sedap & Berjus, Langkah Mudah Tanpa Perap!



Source link

Scroll to Top