Apabila berbicara mengenai kuey teow basah, banyak yang menyukainya kerana rasa pedas manis dengan kuah pekat mengelilingi setiap helai kuey teow.
Hidangan ini bukan sahaja popular di restoran, malah mudah juga untuk disediakan di rumah.
Untuk membuatnya tidaklah susah, bahan-bahan asas dapur sahaja sudah mencukupi. Jika pandai menyusun rasa, pasti hasilnya sedap seperti di restoran!
Baca juga: Resipi Kuetiau Kungfu Penuh Sayur, Lagi Memuaskan Bila Dimasak Sendiri!
RESEPI KUEY TEOW BASAH
Bahan-bahan tumisan:
- 2 biji bawang kecil (ditumbuk halus)
- 2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
Bahan-bahan lain:
- 2 bungkus kuey teow (dibasuh bersih)
- 1 ikat sayur kucai
- Sotong secukupnya
- Fishcake/fishball secukupnya
- 3 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar cili giling
- 2 sudu besar kicap manis
- 1 biji telur
- Minyak masak, gula, garam & serbuk perasa secukupnya
Langkah memasak:
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi. Tambahkan sos cili, sos tiram dan cili giling. Masak seketika sehingga pecah minyak.
- Tambahkan fishcake, fishball dan sotong. Tuang sedikit air untuk menambah kuah dan terus perasakan dengan gula, garam serta serbuk perasa.
- Masukkan kuey teow, kicap manis dan kucai. Gaul rata dan masak sekejap sahaja.
- Pecahkan telur, kacau dengan rata dan kemudian segera tutup api. Siap untuk dihidangkan!
Sumber: Hawa Mohd Amin
Baca juga: Cara Menyimpan Mi Kuning, Kuetiau & Laksa, Boleh Tahan Sehingga 3 Minggu!