Sebuah keluarga mengalami situasi yang memalukan apabila beberapa orang tetamu bertindak mementingkan diri dengan membungkus hidangan kenduri tanpa persetujuan tuan rumah.
Kejadian ini diceritakan oleh seorang wanita di platform media sosial Thread, bernama Farhana Rosli, yang meluahkan kekecewaan dan rasa sakit hati mengenai insiden yang berlaku semasa majlis perkahwinan adiknya.
Dia mendakwa ada segelintir tetamu yang sudah mula membungkus makanan seawal 11 pagi, walhal majlis baru sahaja bermula.
“Sumpah, hati ini sakit dengan perangai seperti ini. Makanan pun tidak cukup disebabkan sikap makcik-makcik yang tak tahu malu, dan siap update di status (WhatsApp) pula.
“Tanpa meminta izin tuan rumah… Ketika mereka membungkus, saya tidak sempat melihat kerana sedang sibuk, kalut dengan pelbagai hal. Kakak saya yang seorang lagi memberitahu tentang perkara ini.
“Tolonglah makcik-makcik, jangan tunjukkan perangai yang memalukan ini,” tulisnya, tetapi tidak menyatakan lokasi majlis perkahwinan tersebut.
Dalam hantaran yang sama, wanita itu juga berkongsi tangkap layar status WhatsApp salah seorang tetamu yang menunjukkan lauk kenduri yang dibungkus semasa majlis perkahwinan kakaknya.
Baca juga: Mak Cik Jual Nasi Lemak RM1.50 Mengundang Sebak, Setia Menunggu Di Bawah Panas Terik Walaupun Tiada Pelanggan
Tetamu Dituduh Membawa Pulang Lauk Kenduri Sehingga Tidak Cukup Untuk Tetamu Lain
“Hari ini cuti memasak. Kena makan hidangan kenduri kahwin,” tulis individu tersebut pada kapsyen yang menunjukkan gambar lauk-pauk itu.
Hidangan tersebut dilihat mempunyai lima hingga enam jenis lauk, termasuk gulai, masak lemak, sambal tempoyak serta beberapa masakan lain.
“Bayangkan seorang yang membawa pulang bisa mencukupi hidangan untuk tiga hingga lima tetamu lain. Apatah lagi ramai-ramai membawa pulang. Jika 5,000 tetamu hadir pun tidak cukup jika ada makcik dengan perangai seperti ini.
“Tolonglah, sesiapa yang mempunyai mak yang suka pergi kenduri, nasihatkan mereka agar tidak bertindak memalukan seperti ini! Kecuali mendapat izin dari keluarga atau setelah kenduri tamat.
“Anda semua bayangkan, kenduri baru nak mula, tetapi orang-orang sudah duduk di meja lauk membungkus. Sangat buruk perangai ini,” luahnya lagi.
Tambahan pula, lauk kenduri tidak mencukupi, wanita ini juga mendakwa terdapat tetamu yang tanpa segan mengambil manisan di meja pencuci mulut hingga berpinggan-pinggan.
Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen, yang kebanyakannya mengecam tindakan tetamu yang membungkus lauk kenduri tanpa kebenaran tuan rumah.
“Weh, itu lauk kenduri ke??? Sebanyak itu diambil? Ini boleh dianggap mencuri. Jika saya, memang saya takkan halalkan makanan yang dia ambil.
“Haram jika tuan rumah tidak reda, dan tidak tahu pun ada tetamu yang membawa pulang barang seperti ini. Sampai tuan rumah sendiri tidak cukup makanan di majlisnya. Memang jenis ini tidak fikir halal haram ke? Ingat yang haram cuma babi saja ke?
“Selalunya setelah habis kenduri barulah membungkus lauk-lauk yang tidak habis. Ini baru mula sudah membungkus,” demikian komen beberapa netizen.
Sumber: Thread
Baca juga: Rupanya Tak Boleh Guna Istilah “No Pork, No Lard” Tanpa Sijil Halal, Ini Penjelasan JAIS!