Seperti tahun-tahun sebelumnya, menjelang sambutan Kemerdekaan kita akan dihidangkan dengan pelbagai tawaran makanan. Jika anda #KakiMakan sejati, ini 8 tawaran makanan yang paling menarik untuk tahun 2025!
Jika anda #KakiMakan sejati, ini 8 tawaran makanan khas Merdeka 2025 yang pastinya tidak patut dilepaskan. Jom cek!
1. Marrybrown – Nasi Lemak MB® hanya RM7 (ShopeeFood)
Dari 17 Ogos 2025 hingga 31 Ogos 2025, anda boleh memperolehi Nasi Lemak MB® pada harga RM7 sahaja melalui ShopeeFood. Berpatutan dan sedap. Sayang untuk dilepaskan.
* Tertakluk kepada Terma & Syarat.
2. Secret Recipe – 4 Potong Kek RM36
Sepanjang 1 Ogos 2025 hingga 31 Ogos 2025, Secret Recipe menyediakan tawaran 4 potong kek dengan harga RM36 sahaja (tidak termasuk brownies & lava cake). Bolehlah anda belanja kawan dan keluarga.
* Tertakluk kepada Terma & Syarat.
3. Empire Sushi – Sushi Box RM6.80
Bagi anda yang suka Empire Sushi, kini mereka menawarkan Sushi Box dengan 5 jenis sushi klasik hanya pada RM6.80 sekiranya anda berbelanja RM21 dalam satu resit. Tawaran ini sah sehingga 16 September 2025.
* Tertakluk kepada Terma & Syarat.
4. J.CO – Semua minuman RM11 & 2 dozen donut RM39
Bagi pencinta donut, dari 27 Ogos 2025 hingga 29 Ogos 2025, semua minuman J.CO ditawarkan pada harga RM11, dan 2 dozen donut hanya RM39. Best kan?
* Tertakluk kepada Terma & Syarat.
5. Me’nate Steak Hub – Tomahawk Combo (3–4 pax)
Nak raikan Merdeka dengan lebih meriah? Me’nate menawarkan promosi menarik. Dapatkan Tomahawk Combo untuk 3-4 orang, anda akan menerima freebies: BBQ Beef Nachos, Funghi Pastella, Pizzadillas & 1 jug Fresh Orange. Tawaran sah dari 11 Ogos 2025 hingga 16 September 2025.
* Tertakluk pada Terma& Syarat.
6. Banana Bro – Beli 1 Percuma 1
Tawaran terbaik untuk pencinta banana leaf! Dari sekarang sehingga 31 Ogos 2025, Banana Bro ada promosi Beli 1 Percuma 1. Jangan lepaskan peluang ini untuk menikmati kari kesukaan anda sepuasnya.
* Tertakluk pada Terma& Syarat.
7. Mykori – Diskaun 31% semua set kakigori
Bermula 19 Ogos 2025 hingga 31 Ogos 2025, anda boleh menikmati diskaun sebanyak 31% untuk set Kakigori. Bab portion jangan risau, memang besar.
* Tertakluk pada Terma& Syarat.
8. Baskin Robbins diskaun 31%
Dari 29 Ogos 2025 hingga 31 Ogos 2025, nikmati diskaun 31% untuk Handpacked Ice Cream di semua lokasi BR.
Jika anda ahli Club 31 App, anda boleh memperoleh early access sejak 26 Ogos. Jadi, pastikan anda sediakan aiskrim Merdeka ini!
Mix & match sesuka hati:
2 perisa dalam Pint / Quart
3 perisa dalam Half-Gallon (lagi banyak, lagi seronok!)
* Tertakluk pada Terma& Syarat.
Apa lagi yang ditunggu? Lakukan pembelian anda sekarang dan nikmati diskaun istimewa ini sepanjang bulan kemerdekaan kali ini.
Bersenang-senanglah dan selamat menikmati hidangan semua!