Mee Kari Nyonya: Kuah Gurih yang Bikin Ketagihan!


resipi mee kari nyonya

Hari cuti sangat menyenangkan apabila dapat bersantai di rumah sambil menikmati hidangan panas. Jika pagi tadi sudah menjamah roti canai, waktu petang ini sebaiknya tukar selera dengan resipi Mee Kari Nyonya.

Mee Kari Nyonya adalah satu jenis hidangan mi berkuah yang terkenal dalam masakan Peranakan (gabungan budaya Melayu dan Tiong Hua). Ia dikenali dengan rasa kuahnya yang kaya dengan bau harum rempah.

Resipi Mee Kari Nyonya yang dikongsi oleh Sue Rzk amat sesuai untuk dinikmati bersama keluarga kerana kuahnya ringan, pedas, dan berkrim. Ayo kita cuba!

Baca juga: Cara Bersihkan Mee Kuning Yang Berbau Kapur, Rasa Pahit & Bau Tidak Sedap Terus Hilang!

RESIPI MEE KARI NYONYA

resipi mee kari nyonya

Bahan kisar:

  • 4 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 sudu makan cili boh (nak pedas boleh tambah)
  • 2 sudu makan udang kering
  • 3 biji cili merah
  • 2 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • 3 inci halia
  • 2 inci belacan (jika gemar rasa belacan lebih, boleh ditambah)

Bahan kuah:

  • 1 ekor ayam, dipotong kecil
  • Kek ikan
  • Bola ikan
  • 2 pek tauhu pok
  • 3 batang daun kari
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 4 biji bunga lawang
  • 6 biji cengkih
  • 6 biji buah pelaga
  • 4 paket kecil rempah kari ayam (1 pedas, 3 biasa, dibancuh dengan air)
  • 2 ketul kiub ayam
  • 2.5 liter air (ikut selera lebih atau kurang)
  • 1½ cawan santan (kalau nak lebih lemak boleh ditambah)
  • 1 sudu makan asam jawa
  • Garam, gula, serbuk perasa

Bahan pelengkap:

  • Mee kuning atau hor fun
  • Kacang panjang (celur)
  • Tauge
  • Telur rebus
  • Bawang goreng

Cara-cara memasak:

1. Tumis 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga) bersama daun kari.

2. Tambahkan bahan kisar, tumis hingga wangi.

3. Masukkan rempah kari, tumis sehingga pecah minyak.

4. Tambahkan ayam, gaul rata dengan rempah.

5. Tuang air, masukkan bahan perasa, biarkan mendidih.

6. Masukkan bola ikan, kek ikan, dan tauhu pok. Jika mahu, boleh juga masukkan kacang panjang.

7. Akhir sekali, reneh sekejap. Siap!

resipi mee kari nyonya

RESIPI SAMBAL CILI MINYAK

Bahan-bahan:

  • Segenggam cili kering (ikut keinginan kepedasan)
  • 1 sudu makan udang kering
  • 1 inci belacan
  • Minyak (gunakan lebih sedikit)
  • Garam, gula, serbuk perasa

Cara-cara membuat:

1. Kisar semua bahan, tumis dengan minyak yang banyak.

2. Masukkan perasa, masak hingga pecah minyak. Siap!

Selamat mencuba!

Sumber: Sue Rzk

Baca juga: Resepi Mee Kari Ipoh, Ada Rahsia Kuah Lebih Ringan Dan Sedap Dihirup Berulang Kali



Source link

Scroll to Top