Bagi beberapa individu, nasi tanpa sambal terasa tidak lengkap. Jika sudah familiar dengan sambal belacan, apa kata kali ini kita eksplor resepi sambal ayam penyet ini pula.
Sambal ini bukan sahaja sesuai dinikmati bersama ayam penyet, tetapi juga boleh dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk-pauk lain. Makan dengan telur dan nasi putih pun sangat mengasyikkan!
Resepi yang dikongsikan oleh Puan Roha Adrinna ini pasti akan memikat sesiapa sahaja yang mencubanya. Pasti kalian akan terpesona dengan citarasanya! Jadi, jangan lupa untuk mencubanya di rumah.
Baca juga: Resipi Sambal Belacan ‘Hebat’, Pasti Sedap Hingga Nak Cicah Setiap Hari!
RESEPI SAMBAL AYAM PENYET SERBA GUNA
Bahan-bahan:
- Cili besar (mengikut tahap kepedasan yang diingini)
- Cili padi (seandainya suka pedas)
- Bawang merah (2 biji)
- Bawang putih (2 ulas)
- Tomato (1 biji)
- Gula (sedikit)
- Garam (sedikit)
- Air (sedikit, mengikut keperluan)
Cara Penyediaan:
- Goreng dahulu bahan-bahan seperti cili besar, cili padi, bawang merah, bawang putih dan tomato hingga sedikit layu.
- Setelah itu, kisar bahan-bahan yang telah digoreng tadi secara kasar (jangan terlalu halus).
- Tumis semula bahan yang telah dikisar tersebut dalam sedikit minyak.
- Tambahkan sedikit gula, garam dan sedikit air untuk menambah citarasa.
- Gaul rata dan masak hingga sambal agak kering dan harum.
Sambal serbaguna ini amat sesuai disantap bersama ayam goreng, ikan goreng atau apa sahaja hidangan kegemaran. Jika ada yang tidak berkenan dengan bau belacan, boleh elakkan dari menambah belacan dalam sambal ini. Selamat mencuba!
Kredit resepi dan gambar: Roha Adrinna
Baca juga: Rahsia Sambal Tumis Sedap, Kurang Pedas & Warna Menarik, Pasti Berjaya!