Izinkan diri menikmati puding laici berkuah ini untuk berbuka puasa nanti. Simpan dalam peti sejuk dan nikmati dalam keadaan dingin, kelezatannya sungguh berbeza!
Bukan hanya untuk kanak-kanak, orang dewasa juga pasti akan gemar pencuci mulut ini. Tambahan pula, ia sangat sesuai dijadikan hidangan manis selepas solat tarawih.
Jangan ketinggalan: Resepi Puding Kastard Tiramisu, Makan Dalam Keadaan Dingin Baru ‘Best’!
RESEPI PUDING LAICI BERKUAH
Bahan-bahan:
Cara-cara:
- Panaskan air dan gula hingga mendidih dalam sebuah periuk.
- Setelah mendidih, masukkan serbuk agar-agar serta ½ cawan air dari laici dalam tin. Kacau sehingga sebati.
- Apabila telah mendidih dengan kuat, masukkan susu cair dan biarkan ia mendidih sekali lagi, kemudian matikan api.
- Tuangkan larutan puding ke dalam jag bagi memudahkan tuangan ke dalam bekas plastik (saya menggunakan bekas plastik SQ250).
- Tuang puding ke dalam bekas pilihan anda. Semasa puding mula mengeras, taburkan buah laici yang telah diceraikan di atasnya.
- Setelah puding sepenuhnya mengeras, tuangkan baki air laici tin di atas permukaan puding.
- Terakhir, simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan dan bersedia untuk dinikmati.
Sumber resepi dan gambar: Mariana Zainal
Baca juga: Resipi Puding Karamel Yang Lembut & Sedap Tanpa Bau Telur, Ini Rahsianya!