Sejak kemunculan filem Bollywood yang berjudul Dilwale, banyak individu tidak melepaskan kesempatan untuk mencuba resepi Kek Lapis Dilwale yang menjadi fenomena kerana kelembutan dan kelezatannya.
Kek Lapis Dilwale merupakan perpaduan antara kek coklat, red velvet, dan keju yang disusun berlapis-lapis dan menjadi salah satu kek lapis Sarawak yang sangat digemari.
Harni Aiza telah berkongsi resepi Kek Lapis Dilwale di Facebook yang menerima pujian banyak pengguna kerana hasilnya tampak tersusun rapi dan lembut. Mari kita mencubanya!
Baca juga: Kek Lapis Asam Manis, Kehalusan Rasa yang Lebih Sempurna Dengan Mengukus
RESEPI KEK LAPIS DILWALE
Bahan-bahan:
- 454 gram mentega Golden churn
- 10 biji telur ayam gred A
- 130 gram gula kastor
- 1 tin serikaya (kecil)
- ½ susu tin cap junjung (sederhana)
- 150 gram tepung gandum
- 100 gram horlicks
- 100 gram susu tepung nespray
- 1 sudu teh esen vanilla
Bahan-bahan tambahan untuk lapisan:
- Sedikit pewarna merah menyala
- ½ botol kecil jem strawberry Ladys choice
- 3 sudu besar coklat spread
- ½ botol browning sugar
Bahan-bahan untuk lapisan keju:
Cara-cara membuat:
1. Pertama sekali, pukul mentega dan gula hingga menjadi kembang.
2. Kemudian, masukkan telur satu persatu dan campurkan hingga sebati.
3. Tambah serikaya, susu, tepung gandum, horlicks, susu tepung, dan esen vanilla, mix dengan perlahan hingga semua bahan berpadu.
4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian; satu bagian campurkan jem strawberry dan pewarna merah, sementara satu lagi campurkan coklat spread dan browning sugar.
5. Kemudian, bakar satu lapisan demi satu lapisan (warna hitam terlebih dahulu sehingga selesai, kemudian diikuti warna merah).
6. Selepas itu, bakar menggunakan api grill di bahagian atas pada suhu 190°C.
7. Sementara itu, sediakan bahan cheese dengan mencampurkan cream cheese, gula kastor, telur ayam, air sejuk, dan tepung gandum.
8. Tuang semua adunan cheese di atas lapisan merah dan kukus menggunakan steam bath atau double boiler sehingga lapisan keju masak.
Jika anda tidak menyukai cara steam bath dalam resepi Kek Lapis Dilwale ini, anda boleh menggunakan kaedah mengukus bahagian cheese dalam pengukus, pastikan kek dibalut dengan aluminium foil sebelum dikukus.
Di samping itu, anda juga boleh membahagikan adunan kepada 3 bahagian jika tidak suka cheese yang tulen. Satu bahagian boleh ditambah dengan 250 gram cheese yang telah dipukul bersama sedikit susu pekat dan sedikit air sejuk.
Selamat bereksperimen!
Sumber: Harni Aiza
Baca juga: Kek Batu Marmar Paling Menawan, Gebu & Lembut Yang Sangat Sempurna