Rahsia Lezat Maggi Goreng Tomyam: Resipi Kedai Yang Harus Anda Cuba!


maggi goreng tomyam

Kadang-kadang, jemu juga asyik menjamu nasi, betul? Jika ingin beralih selera, apa kata mencuba resipi maggi goreng tomyam yang mudah dan enak ini.

Resipi ini hanya memerlukan beberapa bahan asas yang senang diperoleh. Sangat sesuai untuk mereka yang ingin hidangan cepat dan penuh rasa!

Baca juga: Mi Goreng Lada Hitam, Resipi Campak-Campak Tetapi Rasa Hebat!

RESEPI MAGGI GORENG TOMYAM BASAH

maggi goreng tomyam

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang merah (dihiris halus)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • 1 sudu besar cili kisar (boleh ditambah jika ingin lebih pedas)
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 500 ml air (kira-kira 1 cawan besar)
  • 1 peket perencah tomyam (atau 1 ketul kiub tomyam)
  • Lauk protein pilihan (daging, ayam, fishball, fishcake, dsb.)
  • Sekadar kicap (untuk menambah warna)
  • 2 keping mi segera
  • Daun limau purut (dibuang urat, dihiris halus)
  • Sayuran pilihan (opsional)

Cara memasak:

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis sampai pecah minyak. Jika mahukan pedas, boleh tambah cili kisar mengikut citarasa.
  3. Tambahkan sos cili, sos tomato dan sos tiram, kemudian gaul rata.
  4. Tuang air (lebih kurang 500 ml) dan biarkan ia mendidih.
  5. Masukkan perencah tomyam atau kiub tomyam serta lauk protein pilihan.
  6. Tambahkan sedikit kicap untuk memberikan warna pada kuah.
  7. Setelah air mendidih dan lauk telah masak, masukkan mi segera dan masak selama 2-3 minit. Jika kuah kurang, boleh tambah sedikit air (pastikan jangan berlebihan).
  8. Semasa proses memasak, boleh masukkan sayuran pilihan mengikut selera.
  9. Setelah mi masak, tambahkan daun limau purut yang telah dibuang urat dan gaul rata.
  10. Mi segera goreng tomyam yang lazat sedia untuk dinikmati!

Kredit resipi dan gambar: Nor Farah Atika

Baca juga: Resipi Mi Goreng Basah ‘Belemuih’, Sudah Kenyang Pun Masih Rasa Nak Makan Lagi



Pautan sumber

Scroll to Top