Para ibu perlu bijak dalam menyajikan pencuci mulut yang menggugah selera agar anak-anak merasa bahagia. Jika anda belum mengetahui bagaimana membuat Tart Telur yang mudah, sila ikut resipi yang kami sajikan di sini.
Tart Telur atau tart kastard telur merupakan hidangan pencuci mulut yang terkenal di Hong Kong, yang terdiri daripada lapisan luar pastri yang diisi dengan kastard telur dan dibakar hingga sempurna.
Ingin tahu cara membuat Tart Telur yang enak? Anda hanya perlu mengikuti resipi langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Pn Habsah Ngah di Facebook ini. Jom kita berusaha!
Baca juga: Tart Nenas Bola Naga, Reka Bentuk Baru Namun Rasa Tetap Menggoda Dan Klasik
CARA BUAT TART TELUR
Bahan-bahan untuk crust (bahagian luar):
- 1 biji telur
- 250 gram tepung gandum
- 120 gram mentega
- 60 gram gula aising
- ½ sudu teh esen vanilla
- ½ cawan air sejuk
Bahan-bahan untuk filling (bahagian inti)
Langkah-langkah membuat:
1. Pertama sekali, gabungkan telur, tepung gandum, mentega, gula aising, esen vanilla dan air sejuk untuk menghasilkan crust.
2. Uli doh sehingga halus, lembut dan licin, lalu tekan ke dalam acuan crust.
3. Seterusnya, cucuk-cucuk dengan garfu supaya crust masak dengan merata agak nanti.
4. Kemudian, bakar crust selama 20 minit dalam lapisan bawah pada suhu 150ºC dengan menggunakan api atas bawah terlebih dahulu.
5. Di waktu yang sama, anda boleh campurkan telur, gula kastor, susu cair, tepung kastar, garam, esen vanilla dan pewarna kuning sehingga semua bahan tercampur rata.
6. Setelah itu, tapis dan tuangkan adunan ke dalam crust yang telah dibakar dalam acuan.
7. Akhir sekali, bakar pada suhu 150ºC dan biarkan sejuk sebentar, kemudian keluarkan daripada acuan. Sedia untuk dinikmati!
Setelah mencuba cara membuat Tart Telur ini, anda akan mendapatkan kerak luar yang renyah dengan bahagian dalam yang kaya dan berkrim. Mungkin anak-anak akan meminta anda untuk membuatnya lagi di lain kali.
Selamat mencuba!
Sumber: Pn Habsah Ngah
Baca juga: Kuih Bakar Pandan Yang Enak Dan Sangat Mudah, Para Ibu Boleh Gunakan Acuan Muffin Saja!